Wanna Help me? Click Here....(^_^)

Kursus Kompilasi Perniagaan Internet

Surirumah Jutawan

Wednesday, November 18, 2009

HUKUM MEMBACA AL-QURAN DENGAN BERLAGU?


Para ulamak berbeza pendapat tentang hukumnnya.


Kelompok pertama :


Terdiri daripada Mazhab Maliki dan Mazhab hambali dan juga beberapa sahabat dan Tabi’in seperti Annas b. Malik, Said b. Al-Musayyab, Said b. Jubair, Al-Qassim b. Muhammad, Al-Hassan Basri, Ibnu Sirin dan Ibrahim AL-Nakhaie. Mereka mengatakan bahawa membaca al-Quran dengan lagu-lagu itu hukumnya haram. Merujuk kepada beberapa hadith yang diriwayatkan oleh At-Tabrani dalam Al-mu’jam Al-ausat dan Al-baihaqi dalam Sya’ab Al-iman yang bermaksud, dari Huzaifah b. Al-Yaman r.a bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : “ bacalah Al-Quran dengan irama dan suara-suara orang Arab dan janganlah kalian membaca dengan irama orang-orang yahudi dan nasrani serta orang-orang Islam yang fasik. Sebab sepeningalan aku nanti akan muncul sekelompok orang yang melagukan dengan bacaan Al-Quran dengan lagu-lagu yang dilagukan oleh penyanyi, pendita dan orang-orang yang merintih. Al-Quran tidak melewati tengkorok mereka. Hati terkena fitnah(penyakit) begitu pula hati orang mengkagumu mereka”.


Kelompok kedua :


Terdiri daripada Mazhab Hanafi dan Syafie, begitu juga pendapat seperti Saidina Umar Al-Khattab, Abdullah b. Abbas, Abdullah b. Masu’d, At-Tabari dan lain-lain. Mereka mengatakan membaca Al-Quran dengan lagu-lagu itu hukumnya harus. Hadith riwayat Abu Daud dan An-Nasai, dari Al-Bara b. Azib r.a. dari Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : “hiasilah Al-Quran dengan suara-suara kalian”, juga hadith riwayat Al-Bukhari dari Abdullah b.Mughaffal, ia berkaat bahawa pada satu perjalanan Nabi s.a.w membaca dengan Tarji’(mengiramakan).


Kesimpulannya



Hadith kelompok pertama Dhaif. Di dalam sanadnya terdapat Abu Muhammad dan Baqiyah.Abu Muhammad tidak diketahui identitinya, sedang Baqiyah selalu meriwayatkan hadith-hadith dari orang-orang yang tidak dipercayai. Adapun jumrul ulama sependapat bahawa lagu-lagu yang sampai merubah ketentuan-ketentuan Al-Quran seperti menambah atau memendekkan huruf atau mad atau harakah dan sebagainya. Maka semuanya sependapat bahawa lagu-lagu seperti itu diharamkan.


Dunia Herbs

1