Wanna Help me? Click Here....(^_^)

Kursus Kompilasi Perniagaan Internet

Surirumah Jutawan

Sunday, July 31, 2011

Pengalaman Menjalani Latihan Praktikal

Assalamualaikum wbt...

Pertama sekali, mohon maaf kerana sudah lama tak update blog..agak sibuk kebelakangan ini...Kekangan masa yang agak mencemburui waktu untuk saya mencurahkan sedikit pendapat di arena blogging ini. Alhamdulillah selama tempoh 2 bulan lebih saya menjalani latihan praktikal di Northport (Malaysia) Bhd. Terlalu banyak perkara yang saya pelajari sepanjang menjalani latihan praktikal. 

Saya bersyukur kehadrat Illahi, kerana memberikan saya peluang untuk menceritakan serba sedikit pengalaman saya selama 2 bulan lebih menjalani latihan praktikal. Syukur kerana saya mendapat tunjuk ajar daripada kakitangan Northport (Malaysia) Bhd yang agak peramah, tak jemu mengajar saya walaupun kadang-kadang saya susah nak memahami sesuatu tugas yang diberikan.

Terima kasih kepada Encik Ahmad Fuad, Pengurus bahagian pentadbiran kerana sudi menerima saya untuk mempelajari sedikit ilmu mengenai urusan pentadbiran sesebuah syarikat. Juga terima kasih kepada Encik Rosihan Adi, Pengurus Besar Perkhidmatan Korporat, kerana sudi memberikan saya peluang untuk belajar perkara baru di bawah Jabatan Komunikasi Korporat (Corporate Communication Division).

Saya berpeluang untuk belajar 'general knowledge' pengurusan 'admin', yang mana 'admin department' berfungsi sebagai satu jabatan yang menyokong jabatan-jabatan lain. Bahagian pentadbiran menjadi tunjang utama sesebuah organisasi dalam menyediakan perkhidmatan sokongan kepada jabatan-jabatan lain. Secara ringkas penerangan saya mengenai bahagian pentadbiran. Khidmat Komunikasi Korporat pula berperanan untuk menaikkan imej syarikat dan memperkenalkan kewujudan syarikat kepada umum. 

Penglibatan saya didalam khidmat komunikasi korporat banyak membantu saya meningkatkan kemahiran saya dalam komunikasi harian. Juga meningkatkan keyakinan diri saya untuk melakukan sesuatu perkara. 

Sedikit tips yang saya ingin kongsi bagi sesiapa yang baru memulakan latihan industri/praktikal atau baru hendak memulakan latihan industri/praktikal:-

1. Belajar untuk hormat dan patuh kepada arahan orang atasan.

2. Jaga tingkah laku, tutur kata serta pergaulan semasa menjalani latihan praktikal.

3. First impression amat penting, if kita menunjukkan sikap yang kurang menyenangkan pada permulaan kita praktikal, kemungkinan untuk mendapat evaluation yang teruk tu sangat tinggi. So, tunjukkan sikap serta perangai yang baik. Walaupun anda dikutuk, dimaki atau dimarah, cuba bersikap profesional, jangan biarkan emosi mempengaruhi anda.

4. Jangan mengumpat atau bergosip mengenai syarikat/kakitangan tempat anda praktikal semasa berada didalam pejabat. 

5. Datang ke pejabat tepat pada masanya, jika waktu masuk pejabat pada pukul 8.00 pagi pastikan anda sampai kepejabat awal dari pukul 8.00 pagi. Dan balik kerja selepas menyelesaikan tugas harian anda, if ada kerja yang diberikan pada anda 5 minit sebelum waktu balik dan urgent untuk anda siapkan sebelum balik, so siapkan la dengan dedikasi. Jangan fikir nak balik awal kalau kerja belum setel.

6. Sekiranya tiada kerja/anda free, offerla diri anda untuk buat apa saja kerja. Jangan tunggu supervisor anda bagi anda kerja.

7. Jika tak faham tentang sesuatu tugas, rajinkan diri untuk bertanya pada supervisor anda. Diaorang tak kan marah jika anda bertanya, anda kan dalam proses menimba ilmu dan pengalaman. So, jangan takut nak bertanya ye :) .

8. Ni paling penting, jika anda nak pergi kemana-mana dan ia mengambil masa yang lama, maklumkan dulu pada supervisor anda kemana anda pergi. Jangan biarkan supervisor anda tercari-cari kelibat anda. Jangan pandai-pandai nak curi tulang atau ponteng kerja melainkan supervisor anda yang mengajak anda pergi mana-mana.

9. Patuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh syarikat.

10. Perform tugas yang diberikan dengan penuh dedikasi.

Lastly, selamat menjalani latihan praktikal dengan jayanya. Alhamdulillah saya sudah boleh berehat dan merasa lega selepas tamat latihan praktikal. 

Ini cuma sedikit tips daripada saya, yang lain-lain anda tambahla ikut sedap rasa ye :p .




 


Dunia Herbs

1