Wanna Help me? Click Here....(^_^)

Kursus Kompilasi Perniagaan Internet

Surirumah Jutawan

Wednesday, July 14, 2010

Lindungi diri dari sifat membuka aib orang lain...



DALAM satu hadis Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: 


"Sesiapa yang menutup keaiban saudaranya sesama Muslim, kelak Allah akan tutup aibnya di akhirat."


Cuba kita sama-sama teliti satu kisah di zaman Nabi Musa a.s. Pada suatu ketika Bani Israel ditimpa musim kemarau yang berpanjangan. Mereka berkumpul dan datang menemui nabi.


Mereka berkata: 
"Ya Kaliimallah! Berdoalah kepada Tuhanmu agar Dia menurunkan hujan kepada kami."


Berangkatlah Nabi Musa bersama kaumnya menuju ke padang pasir yang luas. Dengan jumlah yang ramai itu mereka berdoa dalam keadaan lusuh dan penuh debu, haus serta lapar.


Nabi Musa berdoa: 
"Ilaahi! Asqinaa ghaitsak...wansyur 'alaina rahmatak..."


Selepas itu langit tetap saja terang benderang, matahari pun bersinar makin berkilauan. Maknanya segumpal awan pun tidak muncul jua.


Kemudian Nabi Musa berdoa lagi: 
"Ilaahi...asqinaa..."


Allah pun berfirman kepada Nabi Musa, maksudnya: 
"Bagaimana Aku akan menurunkan hujan kepada kalian sedangkan di antara kalian ada seorang hamba di kalangan yang hadir berdoa bermaksiat sejak 40 tahun lalu. Umumkanlah di hadapan manusia agar dia berdiri di hadapan kalian semua. Kerana dialah Aku tidak menurunkan hujan untuk kalian..."


Lalu Nabi Musa pun berteriak di tengah-tengah kaumnya: 
"Wahai hamba yang bermaksiat kepada Allah sejak 40 tahun...keluarlah ke hadapan kami...kerana engkaulah hujan tidak turun..."
Seorang lelaki melirik ke kanan dan kiri. Tidak seorang pun yang keluar di hadapan manusia. Saat itu pula dia sedar kalau dirinyalah yang dimaksud.


Dia berkata dalam hatinya: 
"Kalau aku keluar ke hadapan manusia, maka akan terbuka rahasiaku. Kalau aku tidak berterus terang, maka hujan pun tidak akan turun."
Hatinya pun gundah gulana. Air matanya pun menetes, menyesali perbuatan maksiatnya, sambil berkata di dalam hati: 
"Ya Allah! Aku sudah bermaksiat kepada-Mu selama 40 tahun. Selama itu pula Engkau menutupi aibku. Sungguh sekarang aku bertaubat kepada-Mu, maka terimalah taubatku."
Tidak lama selepas pengakuan taubatnya itu, awan-awan tebal pun muncul. Semakin lama semakin tebal menghitam dan akhirnya turunlah hujan.


Nabi Musa kehairanan. 
"Ya Allah, Engkau sudah turunkan hujan kepada kami, namun tidak seorang pun yang keluar di hadapan manusia."


Allah berfirman, maksudnya: 
"Aku menurunkan hujan kepada kalian oleh sebab hamba yang kerananya hujan tidak kunjung turun."
Nabi Musa berkata: 
"Ya Allah! Tunjukkan padaku hamba yang taat itu."


Allah berfirman, maksudnya: 
"Ya Musa, Aku tidak membuka aibnya padahal dia bermaksiat kepada-Ku. Apakah Aku membuka aibnya sedangkan dia taat kepada-Ku!"
Semoga cerita ini menjadikan kita hamba yang tidak menghina dan mengaibkan kesalahan yang dilakukan seseorang.


Bukan itu sahaja, kita juga dilarang mendedahkan keaiban sendiri. Tetapi hal ini sering terjadi dalam dunia yang hangat dengan kejungkilan kisah dosa peribadi, kadang-kadang menjadi pelaris dan menghangatkan lagi buku dan siaran televisyen.


Dipetik dari: http://4ayesha.blogspot.com/


P/s: Tak ada siapa yang sempurna, bila kita membiarkan perasaan marah menguasai diri kita, tanpa kita segan silu mendedahkan aib orang lain, itu satu perkara yang saya cukup tak suka. Tak perlu kita nak dedah aib orang sebab kita marah, sebab diri kita sendiri pun belum sempurna. Saudara saudari yang dihormati, sekiranya anda membuka aib orang lain, saya sendiri akan membenci anda. Kenapa? Membuka pekung di dada orang lain itu termasuk dalam sifat yang mazmumah. Betulkan saya jika saya salah. 


Fikir dulu sebelum buat sesuatu, apa yang kita buat hari ni akan menentukan siapa yang kita akan jadi di masa hadapan. Pilihan di tangan anda, nak pilih jalan yang betul atau salah. Saya tegaskan sekali lagi disini, saya cukup tak suka dengan orang yang buka aib orang lain. Kalau ada masalah sekali pun tak perlu nak sebarkan kat facebook, terus terang je dengan orang yang anda ada masalah tu. Ni la masalahnya orang kita, ada masalah dengan orang lain terus post status kat facebook. Please la, kita guna facebook untuk berdakwah dan mengeratkan silaturrahim, bukannya nak memburukkan keadaan.


Jangan biarkan syaitan menang dengan tipu daya. Saya mohon saudara saudari jangan gunakan facebook sebagai medium untuk memburukkan orang lain. Kita sendiri pun belum banyak buat kesilapan. Ingatlah "Sesungguhnya Muslim itu bersaudara" , baik buruk seseorang menjadi tanggungjawab kita untuk tegur kalau seseorang buat salah, tapi jangan tegur di tempat yang jadi perhatian ramai orang. Anda diberi akal, gunakan akal tu, fikir dulu sebab dan akibat sebelum buat sesuatu.


Lagi satu, saya tak de nak tuding jari kat siapa-siapa, saya cuma nak ingatkan apa yang kalian terlupa. Sudah menjadi tanggungjawab kita untuk berpesan-pesan antara satu sama lain. Saya pun cuma manusia biasa yang tak lepas dari melakukan kesilapan. Jika saya salah, anda boleh tegur saya. Saya boleh terima sebarang teguran yang membina dan positif. Ada cara yang baik untuk kita menegur kesilapan orang lain, guna cara yang digunakan Rasulullah S.A.W. Tegur dengan berhemah dan bukan dalam keadaan marah. Maafkan saya jika entry kali ni agak keras sedikit bunyinya, tapi saya perlu buat macam ni supaya anda berhati-hati dalam buat sesuatu. Saya berpesan kepada anda dan juga diri saya sendiri. Wallahualam.


Dunia Herbs

1