IBADAH Menuntut Ilmu Kepentingan Ilmu Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.” Riwayat al-Bazzar
Friday, May 7, 2010
Etika Sebagai Seorang Pelajar
Assalamualaikum wbt..Apa khabar iman kita hari ini?Sembahyang cukup lima waktu tak? Kali ni saya tak nak timbulkan isu yang hangat sangat, nanti ada yang marah dengan saya pula. Cuma kali ni nak timbulkan isu tentang etika sebagai seorang pelajar. Tentu ada yang tertanya-tanya apa isi yang nak dikupas kali ni kan? Okla, mula-mula saya nak merepek sikit-sikit hal yang tak berkaitan dengan topik kali ni. Pertama sekali saya nak saudara/ri fikirkan adakah perlu kita membina loji janakuasa nuklear? Ada pro dan kontranya bila bina loji janakuasa nuklear ni. Salah satunya ia akan menelan perbelanjaan yang agak mahal, bila dah kos nak bina loji nuklear itu mahal, macam mana dengan status cukai yang perlu dibayar oleh saudara/ri, adakah kadar bayaran cukai akan naik? Jika kadar cukai dinaikkan hanya kerana untuk menampung kos membina loji janakuasa nuklear ni, sudah semestinya barang-barang pengguna pun akan naik harga. Persoalan seterusnya, patut ke rakyat dibebankan sebab nak bina loji janakuasa nuklear ni? Ok, ni cuma persoalan yang saya timbulkan, nampaknya saya tetap timbulkan isu yang hangat dan panas. Saya harap saudara/ri dapat bagi maklum balas mengenai isu ni.
Okla, tak nak panjangkan isu yang takde kaitan dengan topik ni. Sekarang kita tukar topik yang ada kaitan dengan tajuk kita.Sebagai seorang pelajar, apa etika yang kita patut tunjuk pada guru kita ataupun sahabat-sahabat kita. Sebenarnya saya masih kabur lagi tentang masalah etika ni, tapi masih nak menulis sesuatu yang saya tak tahu. Walaupun begitu, saya cuma nak bagi pendapat ataupun idea yang lahir dari fikiran saya ni.
Etika terlalu banyak diberikan oleh pelbagai pihak dari semasa ke semasa. Istilah etika berasal dari perkataan Greek 'ethos', yang bermaksud khusus kepada 'character', ataupun perwatakan dan keperibadian.
Gluck (1986 : 176) telah mendifinasikan etika sebagai, " kajian filosofikal terhadap moraliti". Shea (1988 : 17) pula mendefinasikan etika sebagai "prinsip-prinsip bertingkahlaku yang mengawal individu atau profesyen" dan sebagai "satu standard tingkahlaku ".
Manakala istilah etika dikalangan teknokrat merujuk kepada kajian-kajian mengenai isu-isu 'standard moral' yang melibatkan para teknokrat yang boleh membantu meningkatkan integriti profesyen mereka.
Etika kerja dapat disimpulkan sebagai panduan tingkahlaku yang diikuti oleh manusia yang mempunyai kaitan rapat dengan kehidupan, khususnya dikalangan yang meminggirkan agama di dalam kehidupan mereka. Tidak mengira negara, bangsa dan agama telah menekankan norma moral yang berlandaskan ketinggian akhlak mereka yang mengamalkannya.
Dalam masyarakat moden sekarang ini norma keagamaan semakin ditinggalkan dan masyarakat lebih menuju kepada kemajuan material untuk mencapai kesenangan hidup. Sumber-sumber moral kini datang dari set etika yang dihasilkan oleh ketentuan akal manusia dan pengkajian terhadap kehidupan manusia.
Hubungan etika kerja profeesional dengan kehidupan manusia digunakan untuk mengawal tingkahlaku ahli professional dalam bentuk menyuruh melakukannya dan meninggalkan perkara yang mendatangkan kesalahan samaada di sisi undang-undang negara mahupun statusnya sebagai professional. Oleh itu, etika kerja professional merupakan satu landasan kepada masyarakat yang membolehkan teknokrat mengawal tingkahlakunya sendiri serta membolehkan masyarakat sosial mengawasi dan menilai setiap tindak tanduk mereka dari semasa ke semasa.
Etika seharusnya dipelajari dan diamalkan dalam kehidupan seharian kita. - dalam apa jua tindak tanduk. Keberkesanan prinsip etika terletak pada individu itu sendiri. Tanpa disiplin diri dan kekuatan mental yang tinggi seseorang itu tidak dapat mencapai tahap etika yang dikehendaki. Secara kesimpulannya dapatlah kita simpulkan bahawa etika itu wujud dalam diri seseorang itu dengan adanya disiplin dan kekuatan diri individu itu sendiri.
Sekarang saudara/ri dah dapat idea sebenar tentang etika ni? Ok etika ni sebenarnya lebih kepada ilmu falsafah, anda rasa anda ada ilmu ni ke? Sebenarnya semua orang ada ilmu falsafah ni ataupun setiap orang memahami etika ini dengan cara yang berbeza. Saya berpendapat orang yang banyak berfikir dan memerhatikan keadaan sekelilingnya dapat memahami maksud etika dengan jelas, kerana etika ni sesuatu yang kita perlu pelajari dari keadaan di sekeliling kita. Kalau setakat baca definisi je, belum tentu kita dapat memahami apa sebenarnya yang kita perlu tahu tentang etika ini.
Bagi saya pengalaman hidup ni dapat mematangkan seseorang, dan kadang-kadang kita belajar untuk menyelesaikan masalah berdasarkan dari pengalaman yang telah berlaku terhadap orang lain. Enough! Rilek-rilek, jangan marah, saya tengah terangkan maksud etika dari apa yang saya faham, nak tuntut ilmu kenalah bersabar, tak boleh nak cepat je, nanti tak faham apa ilmu yang kita nak tuntut ni. Jangan nak skip-skip baca pula, baca perkataan demi perkataan. Jika anda tertinggal satu huruf pun, anda akan tersalah faham mengenai etika ni.
Apa kena mengena topik dengan maksud etika ni kan? Saya ni merepek benda yang mengarut je kan? Sekarang terus kepada main point kita, etika sebagai seorang pelajar yang perlu kita tahu.
1. Seorang pelajar yang beretika biasanya akan mengulangkaji apa guru nak ajar pada keesokan harinya. Ades, malas betul kan nak study apa yang guru tak ajar lagi. Sebenarnya ni penting supaya bila dah masuk dalam kelas, guru ajar topik baru dan kebetulan pula kita dah ulangkaji mengenai topik tu. Bonus buat kita sebab kita dah faham sedikit tentang apa yang kita nak belajar, kemudian guru ajar lagi kita ilmu baru. Maka bertambahlah ilmu kita. Bukan ke bagus bila kita dapat banyak ilmu.
2. Datang kelas awal 5-10 minit supaya tidak menganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Susah la camni, kalau datang awal pun bukan boleh buat apa. Jangan merungut, ada sebabnya kenapa kena datang awal. Nak tahu apa dia tak? Kita nak tuntut ilmu, so kenalah datang awal ke kelas supaya nanti fokus rakan-rakan kita tertumpu pada anda bila anda masuk kelas lewat. Benda ni sering berlaku pada saya, ada kawan yang datang kelas lewat dan masa tu cikgu tengah mengajar. "Aduh ganggu tumpuan la mamat ni, dah la datang lewat, buat bising pula, masuk diam-diam sudahla, orang nak belajar pun terganggu".
Satu lagi sebab ada cikgu yang suka kunci pintu kelas kalau dah masa nak mula belajar. So siapa yang datang lewat memang dia tergolong dalam kalangan orang-orang yang rugila. Ingatkan surah Al-'Asr surah ke 103 dalam Al-Quran yang menceritakan tentang kepentingan masa. Ajarla diri supaya lebih berdisiplin dan pergi kelas awal.
3. Belajar untuk menghormati guru kita walaupun jika ada jenis guru yang suka mengejek atau maki hamun pelajar. Contoh je ye, saya rasa takde guru yang macam tu. "Leceh ar, nak kena hormat ke cikgu macam ni, dah la bagi markah kedekut, skema pula tu". Ini luahan hati seorang sahabat saya. Bagi saya apa yang cikgu tu buat memang betul, kalau dia bagi markah kesian je setiap masa, nanti bila pelajar nak improve dalam pelajaran kan? Kita kena belajar bersyukur dengan apa yang kita ada. Dan ingatkan diri kita yang bahawa menuntut ilmu ni adalah satu kewajipan sebagai seorang Muslim. Cubalah kita bersangka baik terhadap cikgu kita, jangan asyik fikir negatif je nanti ilmu yang kita belajar pun tak berkat. Last sekali, doakan supaya cikgu kita ni sentiasa dikurniakan kesihatan tubuh badan supaya dia boleh curahkan ilmu pada yang dahagakan ilmu.
4. Ada lagi ke? Malasnya nak baca mamat ni merepek kat blog dia ni. Sabar, sikit je lagi ni, ni last dah. :p . Belajar ni kena ikhlas, jangan anggap yang kita belajar ni sebab terpaksa atau sebab paksaan dari sesiapa. Paling penting nawaitu kita kena betul barula ilmu yang kita tuntut tu berkat dan kita ingat sampai bila-bila apa yang kita dah belajar selama ni. Sembahyang lima waktu jangan tinggal, rajin-rajinla ngaji Al-Quran setiap hari, ingat yang Allah bagi ganjaran pahala bagi sesiapa yang mengaji tau.
Setakat tu je bebelan saya kali ni, tak tahu nak bebel apa dah. Berbuih dah mulut ni, hehe :p . Apa yang baik kita jadikan tauladan, apa yang tak baik kita jadikan sebagai sempadan. Ingat! Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sesekali. Bukan buat jahat jangan sekali, jangan salah faham pula. Ikut ajaran yang betul, jangan sesatkan diri. Betulkan jika saya salah, barakallahufik.
Mohd Amin Firdaus
Wassalam.