IBADAH Menuntut Ilmu Kepentingan Ilmu Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.” Riwayat al-Bazzar
Sunday, May 30, 2010
Israel sedia serang konvoi kemanusiaan
TEL AVIV - Kapal-kapal perang Israel menuju ke laut, kelmarin, untuk menghalang aktivis pro-Palestin daripada tiba di Genting Gaza, sekali gus meningkatkan kemungkinan misi penghantaran bantuan kemanusiaan ke kawasan itu bertukar tragedi.
Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman menuduh misi bantuan itu bertujuan membangkitkan kemarahan Israel dan menegaskan Tel Aviv sedia menghentikan konvoi tersebut, termasuk menggunakan kekerasan.
“Kami berazam menghalang provokasi ini dengan apa jua cara dan berharap masyarakat antarabangsa memahami tindakan kami,” katanya.
Rejim Yahudi merancang memintas dan mengiringi lapan kapal yang mengikut konvoi itu ke pelabuhan serta memberi kata dua kepada para aktivis supaya bersedia dihantar pulang atau berdepan risiko dipenjarakan.
Tel Aviv juga membina kem tahanan sementara di sebuah pelabuhan untuk menahan aktivis dan melatih pasukan tentera laut bagi operasi itu.
Konvoi yang disertai 800 aktivis dari 40 negara itu membawa lebih 10,000 tan bantuan kemanusiaan dalam bentuk bahan binaan dan peralatan perubatan ke Gaza.
Misi terbaru itu adalah cubaan terbesar menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza sejak rejim Zionis mengenakan sekatan di Genting Gaza tiga tahun lalu, selepas kumpulan pejuang Hamas menguasai kawasan itu.
Penganjur memaklumkan, konvoi itu berlabuh di perairan Cyprus, 250 kilometer barat laut Gaza, malam kelmarin, sebelum menyambung perjalanan awal pagi semalam.
Namun, tidak diketahui bila konvoi kemanusiaan itu dijangka tiba di perairan Gaza.
Sumber Dari: www.sinarharian.com.my