Wanna Help me? Click Here....(^_^)

Kursus Kompilasi Perniagaan Internet

Surirumah Jutawan

Tuesday, May 11, 2010

Kereta kalis peluru RM3.16 juta



GAMBAR menunjukkan kereta kalis peluru Hummer Knight XV.



TORONTO - Sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Hummer yang dikilangkan di Kanada kini mencipta nama sebagai kenderaan kalis peluru paling mewah di dunia, lapor sebuah akhbar semalam.
Kereta itu yang dinamakan Knight XV memiliki panjang 6.09 meter manakala harganya bermula dari AS$484,645 (RM1.5 juta) hingga AS$989,946 (RM3.16 juta) bergantung kepada ciri-ciri tambahan yang diminta pelanggan.
Selain mampu menahan hujan peluru, Knight XV dilengkapi tempat duduk mewah, skrin televisyen cecair kristal (LCD), permainan video Playstation, sistem audio 12 pembesar suara serta sistem pembesar suara yang membolehkan penumpang bercakap dengan orang di luar tanpa perlu membuka tingkap kenderaan.
"Kami percaya telah mencipta segmen tersendiri bagi pasaran kenderaan kalis peluru mewah dengan Knight XV," kata Presiden Syarikat Conquest Vehicles yang mengeluarkan kenderaan istimewa itu, William Maizlin.
Kenderaan kalis peluru gergasi itu dijana enjin V10 Ford dengan 400 kuasa kuda dan mampu mencapai kelajuan maksimum 160 kilometer sejam. - Agensi 

Sumber Dari: www.kosmo.com.my

P/S: Hmm...sekarang ni macam-macam ada, kereta pun dah kalis peluru. Design takdela lawa mana pun, tapi kalau dikira dari aspek keselamatan memang bagusla. Cuma yang tak bagusnya duit yang tak selamat, iyelah dah kena keluar belanja yang besar untuk beli kereta macam ni. Bukan setakat belanja je besar, kereta ni juga perlukan ruang parking yang besar. Kalau bawa ke bandar KL ni, alamak terpaksala bayar harga parking untuk 2 lot parking. 

Biasala, kereta besar, dan semestinya maintenance pun mahal. So, pas dah tengok kereta ni berminat nak beli ke? RM3.16 juta tu harga dia, mahal betul, beli kereta BMW 5-Series pun tak sampai RM3.16 juta. Fikir dulu sebelum buat keputusan nak beli, kereta ni besar sudah tentula tangki minyaknya besar. 

Semuanya besarla, ke anda teringin nak cari pasangan yang besar, kalau betul nak cari pasangan hidup yang besar, kereta ni memang sesuai untuk anda. Bukan mengutuk ok, maksud saya anda akan lebih selesa dengan kereta ni. Cuma poket kena teballa kalau nak beli kereta ni.  

Apapun ukurlah baju dibadan sendiri, jangan beli benda yang tak perlu. Ingat beli kereta kebal ni boleh selamat ke cik adik oi. Tak semestinya, tengok berita-berita sekarang, orang boleh mati dalam keadaan apa je. Yang penting kita tawakal pada Allah dan berdoa supaya apa yang kita buat dijauhkan dari perkara-perkara yang tidak diingini.


Dunia Herbs

1