Wanna Help me? Click Here....(^_^)

Kursus Kompilasi Perniagaan Internet

Surirumah Jutawan

Monday, May 3, 2010

HATI-HATI DENGAN CROCS TIRUAN


Sebentar tadi krew KedaiCrocs.com telah pergi melihat satu gerai yang menjual Crocs di kawasan bazar Ramadhan dan kami amat sedih sekali kerana penjual tersebut sanggup menipu pelanggan dengan mengatakan kasut tersebut adalah original. Misalnya, Olivia yang dijual mempunyai hampir semua ciri kasut yang original.
Tapi untuk yang biasa memakai Olivia yang original, anda akan dapat rasakan teksturnya agak kasar. Tapi untuk mereka yang tidak biasa, sudah pasti mereka tertipu kerana ciri-ciri lain adalah hampir serupa seperti yang original.
Nasihat kami, jika anda tidak begitu familiar dengan Crocs dan ingin mendapatkan yang original, pastikan anda pergi bersama rakan yang sememangnya pengguna Crocs. Mereka akan tahu membezakan terutamanya melalui tekstur kasut tersebut.
Di bawah kami kongsikan bersama anda tips yang pembekal kami berikan tentang bagaimana ingin membezakan di antara Crocs yang original dan tiruan :
[Kami telah edit untuk memudahkan pembacaan anda. Diharap dapat berikan kredit kepada web KedaiCrocs.com jika anda copy paste info ini :) dan meletakkannya di mana-mana]
.
Salam,
.
Ada agen yang tanya saya dengan menunjukkan contoh blog-blog lain di Malaysia yang jual model Crocs pelik-pelik dan tanya why saya tak bawa masuk model mcm tu.
.
Biar sy explain.
.
Most of blog di Malaysia yang jual Crocs ini jual imitate Crocs. Crocs imitate bersepah boleh didapati di China. Of courselah, pemilik blog tu akan claim dia punya original sbb satu nak jual mahal dan kaut untung besar.
.
Tapi, kita juga kene smart. There are many-many ways to identify fake crocs. Kalau u all berdebat dengan seller imitate pasal ni, i’m sure dia takkan boleh jawab.
.
Tapi walauapapun point saya kat bawah ni nanti, paling terbaik  adalah kita sendiri dah pakai Crocs yang original.
.
Pertama: Physical look (Finishing)
Perhatikan betul-betul finishing. Fizikal look mungkin sama tapi finishing yg membezakan ori dan imitate. Imitate punya finishing amat teruk (sesetengah model mcm olivia dia nampak macam kemek).
.
Kedua: Logo button Crocs

Logo button Crocs contohnya pada model Offroad seharusnya bersinar cantik. Bukannya pudar.
.
Ketiga: Tulisan tapak

Original tulisan seharusnya: boulder,colorado (koma)
Imitate: boulder.colorado (titik)
.
(note: bukan semua imitate macam ni, ada juga sama tulisan mcm ori)
Kalau anda jumpa seller jual macam ni, and kalau dia nak bertekak dengan anda dengan memberi alasan model original reject sebab tu ada titik bukan koma, jangan tertipu. Itu maknanya dia sendiri terkejut dengan soalan anda dan tak tahu nak jawab.
.
Original: www.crocs.com
Imitate: www.orocs.com
.
(note:bukan semua imitate mcm ni, ada tulisan mcm ori)
.
Keempat: Kelembutan (softness)

Lembut original lain, material crocsslite. Kalau copy, bukan pakai crocsslite, dia most probably getah biasa or plastik. Nak tahu beza crosslite, kena la beli satu original. Siapa biasa pakai, dia tahula beza material ni.
.
Kelima: Terapung bila letak atas air.

Letak crocs dalam air, tengok dia tenggelam ke terapung. Kalau tenggelam, sah imitate. Material crosslite takkan tenggelam dlm air.
.
Keenam: Byk model pelik-pelik.
.
Bukan senang nak dapat model original. Model baru hampir mustahil. Kalau ada pun itu kena berebut dengan buyer besar-besar dari banyak negara. Sebab tu saya tak heran kalau blog lain jual model pelik2, sebab saya tahu itu copy.
.
Perlu diingat, kalaulah senang nak dapatkan model original, apa gunanya butik Crocs ni ada kat Malaysia. Lebih baik dia tidak payah buat butik, bayar sewa rental mahal-mahal. Lebih baik jual dekat pasar je.
.
Kalau dah ramai buat masuk Crocs ni,lepas tu jual murah, apa gunanya butik Crocs ni ada kat Malaysia. Crocs original bukan mudah nak dapat.
.
Ramai orang tak tahu proses nak dapatkan Crocs original sbb tu dia assume mudah aje. Kalau u tgk ada blog jual sikit-sikit, boleh ambil stok sikit-sikit, most probably, dia jual copy.
.
Ketujuh: Plastik Crocs
.
Sekarang ni copy crocs pun siap datang dengan plastik dia. So, kalau dia claim ada plastik tu bukan jaminan dia original.
.
Oklah…7 point je setakat ni, kalau larat saya sambung balik. Tapi perlu ingat,..point2 ni bergabung satu sama lain. Maknanya, kalau tak cukup semua point utk crocs tu, dia tak boleh dianggap original.
.
By the way, cara terbaik still dengan memakai Cros original dan anda akan tahu beza dia.
.
Harap tips ni membantu
Sumber dari: kedaicrocs.com


Dunia Herbs

1