IBADAH Menuntut Ilmu Kepentingan Ilmu Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.” Riwayat al-Bazzar
Sunday, May 2, 2010
Coklat Makanan Berkhasiat
Ramai berpendapat coklat merupakan makanan yang tidak mendatangkan faedah kepada kesihatan seseorang. Tapi pendapat ini cuma merupakan satu teori sahaja, banyak kajian telah dilakukan bagi mengenal pasti sama ada coklat ini baik untuk kesihatan atau tidak.
Di sebalik tanggapan negatif ini, coklat juga dikatakan mempunyai khasiat tertentu kepada penggemarnya kerana mengandungi protein, karbohidrat, tenaga dan beberapa vitamin serta mineral yang diperlukan. Coklat kaya dengan antioksidan seperti catechins an phenols yang membantu dalam pencegahan sakit jantung dan kanser.
Phenols dikatakan dapat melindungi daripada serangan sakit jantung, malah antioksidan yang wujud bukan setakat melindungi sel-sel dan DNA daripada radikal bebas, ia turut menghalang pembentukan bahan lemak yang boleh menyebabkan salur darah jantung tersumbat.
Di sebalik tanggapan negatif ini, coklat juga dikatakan mempunyai khasiat tertentu kepada penggemarnya kerana mengandungi protein, karbohidrat, tenaga dan beberapa vitamin serta mineral yang diperlukan. Coklat kaya dengan antioksidan seperti catechins an phenols yang membantu dalam pencegahan sakit jantung dan kanser.
Phenols dikatakan dapat melindungi daripada serangan sakit jantung, malah antioksidan yang wujud bukan setakat melindungi sel-sel dan DNA daripada radikal bebas, ia turut menghalang pembentukan bahan lemak yang boleh menyebabkan salur darah jantung tersumbat.
Coklat adalah kaya dengan antioxidant seperti catechins an phenols. Ia membantu dalam pencegahan sakit jantung dan kanser. Kandungannya sama seperti dalam teh hijau, jus oren, bayam, bawang, jagung dan pisang.
Coklat hitam dikatakan mempunyai empat kali kadar catechins dan phenols berbanding teh. Untuk makluman, satu kajian menyatakan, minumlah teh tanpa susu untuk mendapat khasiat antioxidant teh.
Coklat tidak mengemukkan. Tidak ada satu jenis makanan akan menyebabkan gemuk. Pengambilan berlebihan sesuatu jenis makanan meningkatkan kalori. Jika kalori ini tidak dibakar sebanyak ia diambil, ini yang menyebabkan kegemukan. Makanlah coklat dalam kadar yang sederhana, bukan sekadar coklat malah semua jenis makanan.
Coklat hitam dikatakan mempunyai empat kali kadar catechins dan phenols berbanding teh. Untuk makluman, satu kajian menyatakan, minumlah teh tanpa susu untuk mendapat khasiat antioxidant teh.
Coklat tidak mengemukkan. Tidak ada satu jenis makanan akan menyebabkan gemuk. Pengambilan berlebihan sesuatu jenis makanan meningkatkan kalori. Jika kalori ini tidak dibakar sebanyak ia diambil, ini yang menyebabkan kegemukan. Makanlah coklat dalam kadar yang sederhana, bukan sekadar coklat malah semua jenis makanan.
Satu kajian yang dijalankan di Universiti Pittsburgh mendapati coklat tidak menyebabkan migrain seperti yang disangkakan sebelum ini. Mereka yang sering mengalami migrain atau sakit kepala boleh memakannya tanpa perlu risau ia akan menyebabkan sakit kepala. Makan coklat dapat mengurangkan stress atau migrain sekaligus dapat meningkatkan prestasi kerja kita seharian. Stress kurang, masa buat kerja pun tak terganggu.
Malah coklat mengandungi bahan seperti ubat penenang, yang menjadi penahan sakit dan meningkat tahap rasa sihat. Coklat keluarkan endorphins yang membuat kita rasa gembira.
Makan seberapa banyak dan kerap, coklat bukanlah bahan ketagihan. Permakanannya boleh dihentikan bila-bila masa.
Makan coklat dikatakan boleh menguatkan sistem pertahanan badan. Ini boleh mengurangkan risiko jangkitan selsema dan flu.
Coklat bukanlah penyebabkan jerawat. Jerawat disebabkan oleh perubahan hormon dan genetik. Jangan streskan diri, makanlah coklat. Ia boleh tenangkan anda sewaktu stres.
Coklat mengandungi phenylethylamine dan tyramine, bahan kimia yang menyebabkan rasa sayang dan berahi. Coklat adalah salah satu makanan aphrodisiac. Phenylethylamine adalah kimia yang berkait dengan amphetamines. Ia meningkatkan aliran darah, kadar glukos dalam darah, jadikan kita lebih waspada atau sedar dan rasa puas.
Coklat berwarna hitam merupakan sumber tembaga (copper) dan dalam kadar sedikit adalah perlu untuk kesihatan metbolisma dan membantu menghalang penyakit Alzhemier's dan osteoporosis.
Bagi wanita yang menghadapi PMS, makan coklat dapat membekalkan magnesium yang diperlukan oleh badan. Datang bulan mengurangkan kadar magnesium dalam badan dan ini meningkatkan masalah kesakitan waktu haid (PMS).
Selain coklat, mengambil soya 40mg ke 80mg sehari boleh melegakan masalah yang timbul akibat datang haid kerana soya mengandungi phytoestrogens, struktur kimia yang hampir sama dengan estrogen. Mampu menolong mengurangkan ketegangan.
Rasa tenang yang timbul setelah menikmati coklat bukan sekadar perasaan sahaja.Malah coklat juga mengandungi ratusan zat yang memungkinkan terjadinya reaksi kimia di otak.Zat-zat inilah yang kemudian akan merangsang aktifnya serotonin di otak yang selanjutnya akan mengalirkan perasaan tenang dalam diri individu.Selain itu,zat terbanyak yang terkandung dalam coklat adalah theobromine yang dapat mensimulasikan jaringan sarat dan jantung yang membuat kamu terjaga dan bersemangat.Kesan ini juga boleh diperolehi dari kafein pada kopi atau teh.Manfaat lainnya.ia juga boleh membantu meredakan batuk.
Menarik kan fakta mengenai coklat ini, sekarang dah tahu yang coklat ni bagus untuk kesihatan, so rajin-rajinlah beli coklat supaya bila anda stress boleh makan coklat. Tapi janganlah mengepau coklat dari kawan-kawan pula ye, elok-elok kawan tu ilang stress jadi makin stress sebab anda mengepau coklat dari diaorang. Saya paling suka makan apa sahaja yang ada kaitan dengan coklat, sama ada kek coklat, coklat cadbury, aiskrim coklat dan yang seangkatan dengannya.
Pelik kan, tiba-tiba je nak post entry pasal coklat ni, mengigau ke apa. Sebenarnya saja nak post entry pasal coklat ni sebab saya salah seorang penggemar coklat, rasa tak lengkap hidup ni tanpa coklat. Tapi takdelah sampai asyik "ngap" coklat sampai tak tahu bila nak berhenti. Ada pro dan kontra juga bila makan coklat, memang bagus untuk kesihatan tapi boleh memudaratkan jika diambil secara berlebihan. Contohnya, boleh mengakibatkan penyakit kencing manis dan penyakit yang seangkatan dengannya.
Kalau dah mula berceloteh pasal coklat ni memang tak kan habis, sebab banyak sangat cerita berkaitan coklat ni. Coklat ada yang mahal dan murah, so rasa-rasanya coklat mana yang lebih sedap ye? Yang lebih murah atau yang mahal, sesetengah orang tak berkira sangat pasal berbelanja janji sedap, tak kisahla walaupun mahal kan? Sama la macam saya, tapi saya tak kisah sangat coklat tu mahal atau sedap, janji sedap. Kalau mahal tapi tak sedap, memang mengecewakan je. Siapa yang tak suka makan coklat ye? Mesti takde orang yang tak suka makan coklat kan?
Teringat kisah masa zaman kanak-kanak riang dulu. Suka sangat makan coklat sampaikan gigi pun rongak. Haha :p . Yela dah nama budak-budak, kalau jumpa coklat memang tak reti nak berhenti makan. Sampai mak cakap kalau makan coklat banyak-banyak nanti doktor cabut semua gigi tu, bila dah dengar macam tu memang gelabah dan takutla sampai terus berhenti makan coklat.
Itu citer masa kanak-kanak dulu, tapi sekarang masih merupakan orang yang gemar makan coklat. Tapi amik sekadar yang perlu je, takdela makan coklat secara berlebihan. Kesihatan kena jaga juga, kalau tak jaga kesihatan sekarang nanti dah kena macam-macam penyakit kan susahkan diri je. Masa tu dah tak guna kalau nak menyesal, nasi dah jadi bubur. Oklah setakat ni je cerita pasal coklat ni, kalau dah mula membebel macam mak nenek ni memang tak hingat nak berhenti.