IBADAH Menuntut Ilmu Kepentingan Ilmu Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.” Riwayat al-Bazzar
Saturday, May 1, 2010
Study smart not study hard...
Biasanya kaum hawa yang suka menyalin nota atau dengan erti kata lain kaum hawa ada koleksi nota yang lengkap, kalau kumpul semua nota-nota yang diaorang tulis boleh buat ensiklopedia. Memang diakui nota-nota diaorang kemas dan senang untuk dibaca. Tapi apa guna nota yang kemas dan lengkap kalau tak faham apa yang kita salin. Buat kaum hawa atau kaum adam yang memang rajin menyalin nota, please fahamkan dulu apa yang anda nak salin sebelum menyalin nota yang lecturer ajar. Kat sini saya nak kongsi tips study smart.
Tips Study Smart:-
1. Sebelum menghadiri kelas certain subjek, buat revision dulu apa yang kita akan belajar supaya bila kita masuk dalam kelas nanti senang faham apa yang lecturer ajar. Nanti takdela yang mulut ternganga sampai lalat pun boleh masuk dalam mulut :p .
2. Satu lagi perkara yang kita seringkali lupa nak buat sebelum start belajar. Agak-agak apa dia ye?? Ha baru ingat, baca doa dulu sebelum start belajar, barulah ilmu yang kita belajar senang faham dan senang nak ingat. Sebagai orang Islam, apa saja yang kita nak buat mesti dimulakan dengan "Bismillah" dan disudahi dengan "Alhamdulillah". Ingatkan lagu nasyid dari Raihan? Ala lagu dia lirik cam ni.."Dimulakan dengan Bismillah, disudahi dengan Alhamdulillah, begitulah sehari dalam hidup kita, moga dirahmati Allah sentiasa" mesti dah ingatkan? Lirik lagu tu maybe ada salah cikit, maklumla dah lama tak dengar. Mulakan belajar dengan baca doa ok, barulah ilmu yang kita belajar tu berkat dan tiada gangguan dari syaitan. Lepas habis belajar pun baca doa gak. Jangan lupa plak.
3. Apa lagi ye..cuba ingat balik apa yang nak tulis kat sini. Ok baru ingat, seterusnya rajin-rajin buka buku rujukan bila study. Supaya banyak cikit kita faham dan cuba ajar diri untuk follow step-by-step bila study, jangan main terjah je..Ni bukan rancangan Melodi nak main terjah-terjah. Sekali aku lesing kan baru tau (kata Haji Bakhil).
4. Dah last ke idea dah kering ni?? haha..tak tau apa nak kata. Lepas habis je kelas, mesti ada kemusykilan masa belajar dalam kelas, cam ada yang tak jelas ataupun tak berapa faham. Beranikan diri tanya lecturer dan minta dia jelaskan dengan panjang lebar tapi dalam bahasa yang mudah supaya korang senang faham. Tapi kalau malu nak tanya lecturer camne plak kn, ingat cikit..kalau malu bertanya nanti sesat jalan. Okla, kalau malu nak tanya, follow step 3 tadi. Dah habis kelas, balik ke hostel, review balik apa yang kita dah belajar masa dalam kelas. Ada yang tak faham, buka buku rujukan, check balik tajuk apa dan macam mana nak solve problem yang baru kita belajar. Pastu barula belajar senang faham.
5. Meniru assignment bukan satu pilihan yang bijak sebab bila korang meniru off course korang main salin je, tak try fahamkan apa yang korang plagiat. Betul kan?? Jangan nak tipu, terang-terang dah tertulis kat muka korang yang korang jenis suka meniru assignment. Bila lecturer bagi assignment, korang cuba buat dulu, kalau tak faham macam mana nak buat, tanya kawan-kawan tapi jangan tiru plak. Senang citer buat group discussion, kumpul kawan-kawan yang pandai supaya korang senang nak belajar, ada yang tak berapa faham boleh minta diaorang ajar. Bukan susah mana pun, "Dimana ada kemahuan, disitu ada highway" , "hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih", "berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian". Cewah, berperibahasa plak, sekali macam Karam Sing Walia.
6. Nak lagi ke?? tak cukup ke da bagi lima tips, korang ni memang tamak betul. Tapi takpe, nak tuntut ilmu kena tamak, baru tak rugi. Bese orang tamak selalu rugi kan?? Tapi tu kalau korang materialistik dalam hidup baru lah rugi, yang ni belajar, jadi takpe nak tamak pun. Membebel plak saya ni, tipsnya tak bagi lagi. Pada yang ada mak dan ayah, jadilah anak yang soleh dan jangan derhaka. Ha, apa kaitan plak kan?? Ada kaitan sebenarnya, ingat setiap apa yang mak dan ayah kita kata pasal kita, tu doa untuk kita. Jangan sesekali buat mak dan ayah kita terasa hati dengan kita, nanti tak berkat hidup kita. Nak ilmu dan keberkatan hidup, kita kenala jaga hati dan perasaan kedua ibubapa kita.
7. Rajin-rajin buat solat hajat dan minta dengan Allah supaya kita dikurniakan kefahaman seperti para nabi dan supaya apa yang kita belajar tu, kita ingat sampai bila-bila. Jangan setakat buat solat hajat je, solat lima waktu jangan tinggal barulah hidup kita diberkatiNya. InsyaAllah kita akan dapat kejayaan di dunia dan di akhirat, yang penting apa yang wajib kita tunaikan, tunaikan tanpa merungut dan buat dengan ikhlas. Yang sunat macam mana plak kan?? Kena buat juga, tapi macam besela, kena buat dengan ikhlas, baru ibadat kita diterimaNya.
Ada lagi ke?? Rasanya dah tak de..cukuplah tu kan, dah banyak tips-tips belajar tu. Nak tambah cikit lagi, jangan lupa ngaji Quran, badan kita perlukan makanan kan?? Jiwa kita macam mana plak kan, semestinya jiwa kita pun perlukan makanan, ape dia makanannya, makanan ikan ke dedak ayam. Merepek la korang ni, tak kan nak bagi jiwa korang makan dedak ayam plak. Makanan untuk jiwa kita adalah Al-Quran, macam mana nak bagi jiwa kita makan?? Kena makan Al-Quran ke?? Bukan cam tu, nak bagi makanan kat jiwa kita senang je, dengan mengaji Quran la dan juga dengar bacaan ayat-ayat suci Al-Quran la. Itula cara nak bagi jiwa kita makan, bukannya kena makan Quran tu. Korang ni kuat sangat berimaginasi, pengaruh citer "Teletubbies" ke "Spongebob".
Okla, setakat tu dulu entry kali ni. Ingat ye kawan-kawan, menuntut ilmu tu satu ibadat. Manfaatkan sebaik-baiknya ilmu yang kita belajar dan jangan kita kedekut ilmu. Kalau ada kawan-kawan minta kita ajar apa yang dia tak faham, kita ajar setakat yang kita mampu. Sebab dengan mengajar apa yang ilmu kita ada, ilmu tu akan bertambah dan kita pun senang nak ingat apa yang kita dah belajar. Assalamualaikum, semoga Allah memberkati hidup kawan-kawan sekalian.