Wanna Help me? Click Here....(^_^)

Kursus Kompilasi Perniagaan Internet

Surirumah Jutawan

Tuesday, April 20, 2010

Semakin banyak kes H1N1 dikesan


Sehingga jam 8:00 pagi pada 20 April 2010, Kementerian telah menerima sejumlah enam (6) laporan kejadian kluster ILI daripada enam (6) buah negeri.
Sementara itu, sehingga jam 5:30 petang 19 April 2010, sejumlah 41 kes disahkan Influenza A(H1N1) dilaporkan menjadikan jumlah terkumpul kes adalah 13,199. Jumlah kes ILI yang masih dirawat di dalam wad di seluruh negara adalah sebanyak 570 kes. Daripada jumlah tersebut, 67 kes (11.8%) telah disahkan positif influenza A(H1N1). Bilangan yang dirawat di ICU adalah 13 kes di mana sepuluh (10) daripadanya mempunyai faktor-faktor risiko. Tiada laporan kematian yang diterima semalam.
Kementerian Kesihatan ingin terus mengingatkan masyarakat bahawa penularan jangkitan Influenza A(H1N1) terus aktif di dalam komuniti.  Masyarakat  perlu sentiasa mengamalkan langkah-langkah pencegahan yang telah dihebahkan sebelum ini. Orang awam yang mempunyai faktor risiko seperti ibu hamil, menghidapi penyakit kronik seperti asma, diabetes, buah pinggang, jantung dan lain-lain, harus segera mendapatkan pelalian vaksin A(H1N1) di 104 fasiliti Kementerian seluruh negara. Hasil pemantauan pemberian vaksinasi oleh Kementerian Kesihatan mendapati vaksin ini adalah selamat tanpa sebarang kesan sampingan yang serius.  Maklumat lanjut berkenaan influenza A(H1N1) boleh didapati dengan melayari laman sesawang Kementerian Kesihatan di http://h1n1.moh.gov.my atau menghubungi hotline Kementerian Kesihatan di talian 03-88810200/0300.


Dunia Herbs

1