Wanna Help me? Click Here....(^_^)

Kursus Kompilasi Perniagaan Internet

Surirumah Jutawan

Friday, May 14, 2010

Mencari Teman Yang Sejati

     Kali cuma nak luahkan apa yang terbuku di hati ni, semua orang suka berkawan kan? Mana ada orang yang tak suka berkawan, tapi persoalannya kawan yang macam mana yang kita nak pilih. Adakah kita nak cari kawan yang ada di sisi kita bila kita senang je, atau nak kawan yang sentiasa ada di sisi kita tak kira senang atau susah? Kalau saya mestila nak cari kawan yang ada di sisi saya tak kira senang atau susah.


     Tapi itulah masalah yang besar, kenapa ye budak yang suka merepek ni kata nak cari kawan ni masalah. Banyak songeh je budak ni, sebenarnya saya bukan apa, selama saya berkawan saya selalu cuba jaga hati kawan, walaupun kadang-kadang saya makan hati dengan perangai diaorang ni. 


Tapi saya cuba bersabar setakat yang saya mampu, tapi macam tu lah, ada juga kawan yang tak reti jaga hati kawan ni. Saya bukanla nak kata saya tak pernah sakitkan hati kawan-kawan, kadang-kadang perkara ni berlaku tanpa saya sedari. 


      Biasala, saya ni manusia biasa je, tak lepas dari buat salah dan kesilapan. Apa sebenarnya saya nak bagitahu kawan-kawan hari ni, sebenarnya saya nak pesan, kalau nak buat 'joke' dengan kawan anda, tengok situasi dulu, sama ada kawan kita ni ok ke tak? Ok yang macam mana tu ye? 


Maksud saya tengokla mood dia baik ke tak. Eh eh, kejap, boleh tengok ke mood orang ni ye? Hah, macam mana, rasa boleh ke tengok mood orang ni, macam tengok tv plak kan. hehe ;p . Maksud saya tengokla dari air muka dia, kalau muka dia serius giler, janganla buat lawak bodoh. Silap haribulan ada yang makan kasut saiz 10. 


     Dengan erti kata lain nak bergurau ke nak main geletek kawan ke, tengok keadaan la. Ada masa-masa tertentu je boleh bergurau, bukan tiap-tiap masa boleh bergurau. Macam saya ni kadang-kadang happy je memanjang, tapi kadang-kadang macam tak berapa ok sangat. Mood seseorang ni ada naik turun juga, pandai-pandaila kita cari masa yang sesuai nak buat lawak ke nak minta tolong ke apa kan. 


     Tapi yang lebih elok lebih baik kita berdiam diri, takde benda yang penting janganla nak busybody nak kacau member kita. Kena orang tu tengah emosional atau sedih, dah tak makan kasut dah nanti, makan kuih 5 jari nanti. Haha, takdela sampai nak lempang orang, kena pandai gak kawal perasaan marah. Macam tadi ada member ni nak cuba gurau yang pelik-pelik, kesian dia, tak pasal-pasal kena marah dengan saya. 


Tapi okla tu, saya marah cuma mulut yang terkumat-kamit baca jampi serapah ke apa, kalau tangan yang bergerak tak kan susah nanti. Boleh jadi konflik nanti, saya ni marah kejap je, tapi tak taula member saya macam mana kan. Bukan niat saya nak marah, cuma emosi saya tak ok masa dia kacau saya.

     So, terimala ayat-ayat panas dari saya kan, tapi takdela saya keluarkan kata-kata kesat. Walaupun marah, saya masih boleh kawal ayat yang saya nak cakap kat kawan saya tu. Biasala manusia, tak lepas dari buat silap, nobody perfect kan. Saya harap kawan saya maafkan saya sebab saya terkasar sedikit dengan dia tadi. Apa yang dia buat kat saya tadi, sudah saya maafkan. Orang kata asam garam kehidupan, dan kita belajar dari kesilapan.



     Kawan saya tadi memang seorang kawan yang baik, cuma kadang-kadang hyper active sikit. Takpela, dah jangan ungkit lagi, tambah dosa je marah-marah ni. Manusia ni rambut sama hitam, tapi perangai berbeza. 


Kadang-kadang hal kecil pun kita nak marah, sebab mungkin masa tu emosi kita tak stabil, mungkin kita dibebani dengan masalah-masalah seperti assignment, hal peribadi dan hal awek. Haha. Yang hal awek tu tak penting, saja nak tambah gula sikit kat entry ni, nanti kalau masin dan masam je tak sedap pula kan. 


    Teringat lagu nasyid dari kumpulan Brothers yang tajuk Teman Sejati, apa yang berlaku dalam lirik lagu tu hampir sama apa yang berlaku pada saya. Bagus juga kan nasyid ni, ada mesej yang nak disampaikan. Saya suka dengar lagu-lagu nasyid ni sebab banyak mesej atau nasihat yang kita boleh ambil. 


Buang yang keruh dan ambil yang jernih. Jum kita hayati lirik lagu ni, moga-moga kita dapat hidayah dan iktibar dari apa yang berlaku dalam kehidupan seharian kita. Pengalaman dapat mematangkan pemikiran kita. 


  Brothers


Teman Sejati

Selama ini
Kumencari-cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci

Bersyukur kini
PadaMu Illahi
Teman yang dicari
Selama ini
Telah kutemui

Dengannya di sisi
Perjuangan ini
Senang diharungi
Bertambah murni
Kasih Illahi
KepadaMu Allah
Kupanjatkan doa
Agar berkekalan
Kasih sayang kita

Kepadamu teman
Ku pohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian
Telah kuungkapkan
Segala-galanya...

KepadaMu Allah
Kupohon restu
Agar kita kekal bersatu
Kepadamu teman
Teruskan perjuangan
Pengorbanan dan kesetiaan
Telah kuungkapkan
Segala-galanya
Itulah tandanya
Kejujuran kita


    Indah kan bait-bait lirik lagu ni, melodi yang menenangkan jiwa yang dilanda kekeliruan. Kawan semasa senang, senang nak cari, tapi kawan yang ada semasa kita susah atau senang susah nak cari. Hargailah kawan-kawan yang kita ada, dan belajarla untuk menghormati kawan-kawan kita. Kita nak orang hormat kita, kita kena belajar hormat orang dahulu.


    "Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat." (Al-Hujurat: 10)


    Dalam Al-Quran pun dah bagitau kalau kita ada konflik dengan kawan-kawan, cepat-cepatla minta maaf. Tak elok tak bertegur sapa dengan kawan-kawan kita tau. Lagipun ni sebahagian dari Ukuwah Islamiyah, kita kenalah belajar memahai dan amalkan apa yang kita faham ni dengan cara beritahu kawan-kawan kita.


     “Sesungguhnya kedudukan seorang mukmin di kalangan orang-orang beriman adalah seperti kepala dari tubuhnya. Ia akan merasa sakit jika badannya sakit.” (Imam Ahmad).



Nas hadis yang mirip dengan ini adalah sabda Rasulullah yang bermaksud, “Perumpamaan orang-orang beriman dalam kecintaan, kelembutan dan kasih sayang di antara mereka ibarat satu tubuh. Jika salah satu anggota sakit, maka seluruh anggota turut merasakannya dengan tetap berjaga dan demam.” (Muslim & Ahmad).


    Dalam hadis pun ada sebut pasal ukhuwah Islamiyah ni, saya rasa anda boleh faham apa maksud hadis ni kan. Simple je nak faham, tapi jangan salah faham pula ye, kalau tak faham tanya pada yang lebih arif tentang ukhuwah ni. Rasanya setakat ni saja yang saya nak tulis kali ni, kalau ada silap dan salah, tolong perbetulkan saya ye. Sama-samalah kita berpesan-pesan antara satu sama lain. InsyaAllah, semoga dengan ilmu yang sedikit ni kita akan iman serta takwa kita bertambah. Wallahualam.


     



Dunia Herbs

1