IBADAH Menuntut Ilmu Kepentingan Ilmu Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.” Riwayat al-Bazzar
Monday, May 10, 2010
Lelaki didakwa sebabkan kematian dua pelajar kolej kejururawatan
KOTA BHARU – Seorang lelaki hari ini didakwa di Mahkamah Majistret Kota Bharu atas tuduhan cuai sehingga menyebabkan kematian dua pelajar kolej kejururawatan yang dihempap kereta di pasar raya KB Mall di sini, Disember lepas.
Mohd. Sabri Jusoh, 28, seorang penjaga sarang burung, didakwa telah menyebabkan kematian Nor Amira Samsuddin, 19, dan Siti Nordiana Azman, 18, dengan cuai pada pukul 5.10 petang di pasar raya berkenaan pada 6 Disember tahun lalu.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.
Majistret Noor Haslinda Che Man membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 13 Jun ini untuk sebutan semula kes bagi membolehkan tertuduh melantik peguam.
Mohd. Sabri, dari Kampung Gertak Seratus, Kuala Besat, Terengganu didakwa mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum dua tahun, denda atau kedua-dua sekali.
Dalam kejadian itu, dua pelajar Kolej Masterskill cawangan Kota Bharu terbunuh selepas sebuah kereta jenis Ford Laser yang dipandu oleh Nor Ain Said, 18, menghempap kedua-dua mangsa dan Rashidah Ahmad Lutfi, 24, yang ketika itu berada di ekskalator (tangga bergerak) pasar raya itu.
Siti Nor Amira, dari Felda Chiku Tujuh, Gua Musang, mati di tempat kejadian, manakala Siti Nordiana, dari Chabang Empat, Tumpat, mati dalam perjalanan ke hospital, manakala Rashidah cedera parah. – Bernama
Sumber Dari: www.kosmo.com.my