IBADAH Menuntut Ilmu Kepentingan Ilmu Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.” Riwayat al-Bazzar
Sunday, July 31, 2011
Coretan Buat Sahabat
Bukan tak nak tolong, tetapi kerana saya ada masalah atau perkara yang perlu saya fikirkan. Anda mungkin tak mengerti, kerana saya lebih suka memendam apa yang saya lalui. Saya lebih bersikap tak nak menyusahkan orang disekeliling saya.
Saya minta maaf, kadang-kadang saya merasa jengkel dengan permintaan sahabat, kenapa? Kerana saya fikirkan apa yang diminta itu amat melecehkan, leceh untuk dilaksanakan dan kerana pada masa yang sama fikiran saya kusut dengan pelbagai perkara yang saya fikirkan. Banyak perkara yang sering bermain-main di fikiran saya sehingga saya kadang-kadang hanyut dibawa mimpi yang seakan-akan realiti.
Maafkan saya, andai kata sepanjang perkenalan kita menjadi sahabat terlalu banyak kesilapan yang saya lakukan sama ada sengaja atau secara tak sengaja. Andai kata apa yang kufikirkan mampu dicoretkan semuanya disini, sudah pasti saya buat.
Sahabat, ingin diri ini berpesan, jangan jadikan nilai persahabatan itu sama dengan nilai wang ringgit. Nilai persahabatan tidak dapat diukur dengan wang. Jangan memilih untuk bersahabat kerana harta, kerana harta cuma mimpi dunia yang tak kekal selama-lamanya. Pilihla sahabat yang mampu untuk terus membawa kita kejalan yang lurus, sahabat yang mampu menyedarkan kita andai kata kita terleka dengan dunia yang penuh dengan fitnah.
Ingatlah sahabat, duit bukan segala-galanya dalam kehidupan ini. Ya, saya akui duit menjadi satu keperluan, tapi jangan hambakan diri kepada duit. Kerana nilai persahabatan akan musnah jika wang ringgit dijadikan ukuran sesuatu persahabatan.
Sama-sama kita menuju kearah kejayaan, menjadi seorang hamba yang soleh dan solehah serta menjadi mujahidin dalam perjuangan menegakkan agama Islam.
Andai diri ini tersilap sepanjang tempoh kita bersahabat, maafkan diri ini. Saya cuma manusia biasa yang tak lepas melakukan kesilapan.