IBADAH Menuntut Ilmu Kepentingan Ilmu Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.” Riwayat al-Bazzar
Friday, September 17, 2010
Ribena Mengandungi 0.01% Arak
menyeluruh dalam undang-undang pengguna selepas kemunculan berita
menggemparkan bahawa dua minuman ringan kegemaran mengandungi arak.
Birmingham Post semalam melaporkan ramai peniaga membuang stok Ribena
dan Lucozade selepas pengguna mendapati ramuan perisa air minuman itu
mengandungi arak meskipun pada paras yang rendah. Peraturan makanan
tidak mensyaratkan pengeluar produk itu, Glaxo-SmithKline menyenaraikan
arak pada bungkusan minuman itu kerana kandungan arak itu pada kadar
yang rendah.
Bagaimanapun, umat Islam yang diharamkan daripada meminum arak mendakwa
semua minuman ringan seharusnya dilabelkan dengan jelas jika ada ramuan
yang bercampur arak meskipun amat sedikit. Empat tahun lalu, Walkers,
sebuah syarikat makanan, menukar label pada bungkusan kerepeknya
; selepas akhbar Birmingham Post mendedahkan snek keju dan bawangnya
mengandungi ekstrak lembu tidak sembelih. Kandungan arak dalam Ribena dan
Lucozade adalah kurang daripada 0.1 peratus tetapi umat Islam memberitahu
Birmingham Post bahawa mereka kecewa selepas mengetahui bahawa mereka
sejak sekian lama meminum arak meskipun pada paras yang teramat rendah.
Pengerusi Masjid Jamik Birmingham, Dr Mohammed Naseem menyuarakan rasa
terkejutnya kerana undang-undang itu masih membenarkan kandungan dalam
makanan atau minuman tidak dinyatakan dengan jelas pada label. "Kita
amat kecewa kerana sebelum ini umat Islam menganggap minuman ringan
seperti Ribena dan Lucozade ini halal tetapi sebaliknya," katanya.
Pekedai yang juga anggota Persatuan Peniaga Ladypool, Mohammed Zaman
Khan berkata penjualan Ribena dan Lucozade jatuh mendadak sejak beberapa
minggu lalu dan beliau memastikan produk itu tiada pada rak kedainya.
Jurucakap Glaxo-SmithKline memberi alasan label minuman dan makanan
pasti tidak dapat dibaca jika peraturan mensyaratkan semua komponen bagi
penyediaan makanan itu dinyatakan. "Sesetengah bahan perasa mengandungi
lebih 50 komponen. Kami amat sensitif dengan keperluan budaya pengguna
dan cuba menangani isu itu jika ia dimaklumkan kepada kami," katanya.
Beliau mengakui minuman tenaga Lucozade berperisa asli, limau, tropika
dan sitrus mengandungi paras rendah arak begitu juga dengan lima perasa
yang disediakan untuk Ribena. – Agensi
P/s: Macam-macam yang berlaku sekarang ni...terlalu banyak makanan serta minuman yang status halalnya meragukan...selama ini kita telah ditipu oleh pengeluar-pengeluar makanan dan minuman ini...tidak kah mereka sedar bahawa lebih dari 50% penduduk dunia terdiri dari orang-orang Islam...kenapa mereka masih tidak mengendahkan isu-isu yang amat sensitif bagi kita...
Inilah sikap mereka yang lebih memikirkan keuntungan semata-mata...saya berpesan pada saudara/ri supaya berhati-hati apabila membeli produk makanan atau minuman...tengok dulu kandungan ramuannya...pastikan tiada ramuan yang meragukan..Jangan biarkan kita terus ditipu dan dipergunakan....
Agensi-agensi yang berkaitan juga perlu memainkan peranan dalam menentukan status halal produk-produk makanan ini...
Sunday, September 5, 2010
Hikmah Bersabar
Dan ada di antara manusia yang menyembah Allah dengan sikap dan pendirian yang tidak tetap, iaitu kalau ia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan itu; dan kalau pula ia ditimpa fitnah kesusahan, berbaliklah ia semula (kepada kekufurannya). (Dengan sikapnya itu) rugilah ia akan dunia dan akhirat, itulah kerugian yang terang nyata. Ia menyeru dan menyembah makhluk-makhluk yang lain dari Allah, yang tidak dapat membahayakannya dan tidak dapat mendatangkan kebaikan kepadanya; itulah kesesatan yang jauh terpesong. Ia menyeru dan menyembah makhluk yang (dengan perbuatan demikian) mudaratnya lebih dekat dari manfaat yang diharapkannya; demi sesungguhnya seburuk-buruk penolong dan seburuk-buruk sahabat karib ialah makhluk yang diseru dan disembahnya itu. AlHajj :11-13
Intisari ayat
Dalam ayat di atas, Allah S.W.T. menjelaskan bahawa orang yang tidak tetap imannya akan gembira apabila mendapat nikmat dan kebaikan. Sebaliknya akan murtad dan kafir apabila ditimpa bala bencana. Mereka sanggup menyembah selain Allah S.W.T. dengan harapan untuk melepaskan diri mereka daripada bala yang menimpa. Mereka akan mendapat kerugian di dunia dan di akhirat. Mereka termasuk dalam golongan yang sesat.

Huraian ayat
Allah S.W.T. menjadikan manusia dalam keadaan yang berbeza beza sama ada diberi kesenangan, kesusahan, kelemahan, kemiskinan, kelaparan dan sebagainya. Setiap yang diturunkan adalah untuk menguji keimanan seseorang hambaNya.
Kedua:

Dalam menghadapi ujian daripada Allah S.W.T., orang yang beriman menerima ujian tersebut dengan sabar dan tabah kerana mereka sedar setiap perkara yang berlaku pada dirinya adalah ketentuan daripada Allah S.W.T.
Manakala bagi golongan yang tidak beriman, mereka akan kecewa, putus asa, menyalahkan takdir Allah S.W.T. dan sanggup melakukan kemungkaran supaya terlepas daripada kesusahan yang menimpanya. Terdapat antara mereka yang meninggalkan agama Islam kerana terpengaruh dengan agama lain yang menjanjikan kemewahan hidup di dunia.
Ketiga:
Ketiga:
Orang-orang mukmin yang diuji dengan berbagai-bagai kesusahan hidup di dunia dan bersabar menghadapinya akan mendapat kedudukan yang mulia disisi Allah S.W.T. Orang yang demikian beroleh pahala yang lebih tinggi daripada orang-orang yang mengerjakan ibadat lain.
Firman Allah, maksudnya: "demi sesungguhnya Kami menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan lapar (dengan berlakunya) kekurangan harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar." surah Al-Baqarah: ayat 155
Keempat:
Ujian dan dugaan yang dihadapi oleh seseorang menunjukkan bahawa dirinya termasuk dalam golongan yang diberi keistimewaan oleh Allah S.W.T. Kesusahan yang ditanggung menjadi pembersih dirinya daripada berterusan melakukan perkara perkara tidak baik.
Firman Allah, maksudnya:
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan mengatakan 'Kami telah beriman' sedangkan mereka belum lagi diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah S.W.T. mengetahui orang yang benar dan orang yang dusta. "Surah Al-Ankabut: ayat 2-3.
Kelima:
Sabar ialah sifat yang mulia bagi orang-orang mukmin. Sifat tersebut dapat menempuh apa-apa yang terjadi di sekeliling. Itulah sebabnya"sabar" menjadi salah satu daripada nama-nama Tuhan yang agung (yang Maha Penyabar). Tuhan tidak akan memberi pembalasan kepada hambaNya yang melakukan
kesalahan dengan segera.
kesalahan dengan segera.
Keenam:
Sabar terbahagi kepada beberapa jenis antaranya termasuklah:
i. Sabar mengerjakan perintah Allah S.W.T.
ii. Sabar melawan nafsu.
iii. Sabar terhadap sebarang dugaan yang terjadi pada diri seperti kematian, kebakaran, banjir dan sakit..
i. Setiap orang Islam hendaklah sabar mengerjakan perintah Allah S.W.T. Perintah tersebut hendaklah dikerjakan dengan sepenuh kesabaran, keikhlasan, tekun dan berkekalan.
ii. Sabar menahan daripada berbuat maksiat ialah berjaya menentang segala godaan yang tidak baik terhadap dirinya. Kesabaran yang lahir ini adalah kesan daripada kepercayaan dan keyakinan serta azam yang kuat untuk mencapai keredhaan Allah S.W.T.
iii. Setiap orang mukmin hendaklah sabar terhadap segala kejadian yang tidak baik yang berlaku pada dirinya sama ada harta, pangkat, kedudukan, keluarga atau sebagainya.
Bentuk ujian keatas manusia.
a. Ujian kesenangan seperti nikmat kesihatan dan kekayaan
b. Ujian kesusahan seperti kemiskinan, sakit dan sebagainya.
c. Ujian ke atas orang perseorangan
d. Ujian ke atas kumpulan, masyarakat atau jemaah.
e. Allah S.W.T. menjelaskan setiap orang mukmin pasti diuji oleh Allah S.W.T.
Kepentingan sabar
a. Mendapat darjat pahala yang tinggi disisi Allah S.W.T.
b. Melapangkan hati, tidak merasa runsing atau dukacita.
c. Segala urusan dunia dan akhirat menjadi mudah.
d. Mendapat berkat daripada Allah S.W.T.
e. Selamat dari gangguan mental dan emosi.
Fakta-fakta Penting
a. Orang Islam hendaklah bersyukur apabila menerima kurniaan Allah dan bersabar apabila menerima ujian daripadaNya
b. Maruah diri, agama dan bangsa hendaklah dijaga di samping mengejar kemewahan hidup di dunia.
c. Kesenangan dan kesusahan adalah merupakan ujian Allah terhadap hambaNya.
d. Orang yang tidak beriman menerima ujian daripada Allah dalam keadaan resah gelisah serta kecewa.
e. Islam melarang umatnya mempercayai perkara-perkara karut kerana perbuatan tersebut mendatangkan kesan yang tidak baik terhadap individu dan masyarakat Islam.
Dipetik Dari: http://www.yusofembong.blogspot.com/

Saturday, September 4, 2010
Pemimpin Yang Bersederhana
Ketika di temubual oleh TV Fox (AS) mengenai kehidupan pribadinya:'Ketika anda melihat di cermin setiap pagi,apa yang anda katakan kepada diri anda?'.Presiden Mahmoud Ahmadinejad menjawab:'Ingat,engkau tidak lebih dari seorang pelayan,hari-hari yang akan mendatang penuh tanggung jawab yang berat,yaitu melayani bangsa iran'.
Berikut adalah gambaran kesederhanaan ahmadinejad,yang membuat orang terkejut:
1.ketika pertama kali menduduki kerusi presiden iran,beliau menyumbangkan seluruh tikar karpet istana iran yang sangat tinggi nilainya kepada masjid-masjid di teheran dan menggantikannya dengan tikar karpet biasa yang mudah dibersihkan.
2.Beliau mengamati bahwa ada ruangan yang sangat besar untuk menerima dan menghormati tetamu VIP, lalu dia memerintahkan untuk menutup ruang tersebut dan menanyakan pada pegawai protokol untuk menggantinya dengan ruangan biasa dengan 2 kerusi kayu, meskipun sederhana tetapi tetap terlihat impresive.
3.Di banyak kesempatan dia menyapa dan bergurau dengan petugas kebersihan di sekitar rumah dan pejabat presiden.
4.Di bawah kepimpinannya,dia meminta menteri-menterinya untuk datang kepadanya dan menteri-menteri tersebut akan menerima sebuah dokumen yang ditandatangani yang berisikan arahan-arahan daripadanya, arahan tersebut terutama sekali menekankan kepada menteri-menterinya untuk tetap hidup sederhana dan disebutkan bahwa akaun bank pribadi maupun kerabat dekatnya akan dipantau, sehingga pada ketika menteri-menteri tersebut berakhir masa jabatannya dapat meninggalkan pejabatnya dengan kepala tegak.
5.Langkah pertamanya adalah dengan mengumumkan kekayaan dan hartanahnya yang terdiri dari Peugeot 504 tahun 1977, sebuah rumah sederhana warisan ayahnya 40 tahun yang lalu di sebuah daerah di Teheran. akaun banknya dengan jumlah minimum, dan satu-satunya yang masuk adalah wang gaji bulanannya.
6.Gajinya sebagai pensyarah di sebuah universiti hanya US$ 250.
7.Satu hal yang membuat kagum staf presiden adalah beg yang selalu dibawa presiden tiap hari selalu berisikan sarapan, roti isi atau roti keju yang disiapkan isterinya dan memakannya dengan gembira, dia juga menghentikan kebiasaan menyediakan makanan yang dikhususkan untuk presiden.
8.Hal lain yang dia ubah adalah menukar kapal Terbang presiden, dia mengubahnya menjadi pesawat kargo sehingga dapat menjimat cukai rakyat dan untuk dirinya,dia meminta terbang dengan kapal terbang biasa dengan kelas ekonomi.
9.Dia kerap mengadakan mesyuarat dengan menteri-menterinya untuk mendapatkan maklumat tentang kegiatan yang sudah dilakukan, dan dia memotong protokol istana sehingga menteri-menterinya dapat masuk langsung ke ruangannya tanpa ada hambatan.Dia juga menghentikan kebiasaan upacara-upacara seperti karpet merah, sesi foto ketika mengunjungi berbagai tempat di negaranya.
10.ketika harus menginap di hotel,dia meminta diberikan bilik tanpa tempat tidur yang tidak terlalu besar karena dia tidak suka tidur di atas tilam, tetapi lebih suka tidur di lantai beralaskan karpet dan selimut.Presiden Iran tidur di ruang tamu rumahnya sesudah lepas dari pengawal-pengawalnya yg selalu mengikuti kemanapun dia pergi. Menurut akhbar Wifaq, gambar-gambar yg diambil oleh adiknya tersebut, kemudian disebarkan oleh media massa di seluruh dunia, termasuk amerika.
11.Sepanjang sembahyang, anda dapat melihat bahwa dia tidak duduk di baris paling hadapan.
12.ketika suara azan berkumandang,dia langsung mengerjakan sembahyang dimanapun dia berada meskipun hanya beralaskan tikar karpet biasa.
Sumber: http://www.fcukz.co.cc/
Subscribe to:
Posts (Atom)