Wanna Help me? Click Here....(^_^)

Kursus Kompilasi Perniagaan Internet

Surirumah Jutawan

Tuesday, August 23, 2011

Mana Mak?

Salam sahabat-sahabat dan anak-anak remaja,


Bacalah, jangan tak baca. Uye dah dah baca ....cukup2 menyentuh hati dan perasaan seorang yang bergelar ayah dan ibu.


Jam 6.30 petang.


Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bongsu balik dari sekolah agama.


Ayah baru balik dari sawah.


Ayah tanya Mak, “Along mana?’


Mak jawab, “ Ada di dapur tolong siapkan makan.”


Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”


Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”


Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”


Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”


Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”


Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”


Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.




Dua puluh tahun kemudian,




Jam 6.30 petang


Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.


Ayah tanya Along, “Mana Mak?”


Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”


Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”


Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”


Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”


Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.


Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"


Ateh menjawab, “Entah.”


Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.


Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”


Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.


Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.




Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.




Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"


Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”


Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.


Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.


Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.


Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"


Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .


Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.


Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.


Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.


Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.


Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.


Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.


Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."


Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.


Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.


Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.


Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.


Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.


Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.


Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.


Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."


Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.


Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah , “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak p ayah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”


Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.


Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.


Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.


Beberapa tahun kemudian


Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.


Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”


Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.


Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.


Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.


Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.


Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.


Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..


Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.


Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah.


"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.


Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "


Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."


"Ayah, ayah ....bangun." Suara Ateh memanggil ayah . Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..


Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"


Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.


Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa perasaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. KataRasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah . Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telefon panggilan dari ibu tanpa berjawab?


Sumber dari: Nornastasha Azida Anuar


Wednesday, August 10, 2011

Pengakuan Chef Hotel 5 Bintang


Assalamualaikum,

Pada hari Ahad yang lepas, sekiranya anda mendengar siaran Radio 24 bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pada jam 2 pm , terdapat satu wawancara yang sangat menarik di antara Pengulas Radio 24, Tokki dan 2 orang Chef.

Isu ini begitu menarik sehinggakan saya terasa rugi jika tidak mendengar celoteh mereka walaupun hanya hendak bangun ke tandas. Isu kepenggunaan kali ini ialah tentang Halal atau Tidak Halal Makanan yang Dihidangkan di Hotel 5 bintang.

Seperti yang kita maklum, waktu orang Islam berpusu-pusu untuk makan di Hotel 5 bintang ialah ketika bulan Ramadhan. Bukan sahaja individu, malah syarikat-syarikat juga menjamu pekerja-pekerja dan pelanggan masing-masing di Jamuan Berbuka Puasa di Hotel 5 bintang. Maklumlah, Setelah penat dan lapar berpuasa pada siangnya, tentulah waktu untuk berbuka itu sewajarnya diiringi dengan juadah-juadah yang lazat dan sedap.

Tetapi jangan terkejut kerana hidangan anda di Restoran 5 Bintang itu belum tentu HALAL. Apa hukumnya puasa anda sekiranya berbuka dengan makanan yang Haram?

Yang menariknya di dalam program ini, 2 orang Chef telah bersama-sama menceriakan rancangan ini. Apa kata mereka?

Salah seorang Chef memberitahu, dari pengalamannya dahulu, di dalam retoran hotel 5 bintang yang menghidangkan buffet, terdapat 5 bahagian dapur masakan (Masakan Melayu, Masakan Barat, Masakan Cina.... tak ingat lagi dua). Setiap satu dapur diketuai seorang Chef yang dipanggil Eksekutif Chef. Di dalam buffet, setiap dapur akan memasak makanan tertentu untuk buffet tersebut. Resepi-resepi untuk makanan yang dimasak daripada setiap dapur adalah hak mutlak Eksekutif Chef. Ini bermakna tiada orang lain berhak memberi komen tentang resipi yang telah ditetapkan oleh Eksekutif Chef.

Eksekutif Chef ini terdiri daripada orang yang pakar dan ahli di dalam masakannya untuk menjaga kualiti makanan yang dihasilkan (5 bintang lah katakan...). Sekiranya Dapur Masakan Melayu tentulah eksekutif Chefnya adalah seorang Melayu. Sekiranya western maka pakarnya tentulah orang dari luar negara, begitu juga masakan cina dan lain lain.
Sesetengah Chef yang mungkin berasal dari luar negara mempunyai cara memasak mereka yang tersendiri. Jika mereka sudah biasa meletakkan arak di dalam makanan di luar negara, mereka pasti akan meletakkan Arak ketika memasak di dapur sini.

Salah seorang chef berkata, ketika beliau baru memulakan kerjayanya, beliau melihat bagaimana arak dituang di dalam sup bawang (onion soup) yang dimasak di Hotel 5 bintang ini. Chef itu juga berkata, di atas ruang rak tempat memasak sup-sup, berbaris berjenis-jenis botol arak bersama-sama dengan rencah-rencah lain untuk dibuat sup. Jika tidak silap saya, bukan sup sahaja makanan yang mengandungi arak.

Selain daripada Arak , ada yang lebih menarik lagi tentang pendedahan ini. Menurut chef tersebut, terdapat dua mesin pengisar daging di dapur tempat beliau bekerja. Satu bertulis "PORK" pada papan tanda berdekatan dan satu lagi bertulis "NON-PORK". Tapi dia amat kecut perut.. bila semua orang seperti tak nampak (atau buat-buat tak nampak) sahaja papan tanda itu... Kejap yang pork dimasukkan ke mesin yang ini, sekejap yang di sana ... sehinggakan, beliau terpaksa mengangkat tanah dan air untuk mencuci mesin tersebut setiap kali habis bertugas. Yang memakan masakan itu pula ialah kita.

Pada kebiasaannya, sesetengah hotel mengasingkan pinggan yang digunakan untuk menghidangkan khinzir di satu tempat yang berasingan untuk dicuci. Ini adalah kerana, pencuci pinggan dahulunya adalah di kalangan orang Islam. Tetapi menurut chef itu sekarang, pencuci pinggan adalah di kalangan orang Myanmar dan Bangladesh . Mereka bukannya tahu pinggan mana yang ada khinzir ataupun tidak. Untuk memudahkan kerja, semuanya dicampurkan sekali. Habis semuanya....

Chef itu juga ada bercerita tentang kek-kek yang dihidangkan yang mempunyai arak, contohnya tiramisu. Banyak juga dessert dan kek yang tidak halal dihidangkan.

Adakalanya, daging yang di grill, ayam-ayam atau makanan yang dibakar adalah halal. Begitu juga dengan makanan laut. Namun, Chef menasihatkan agar lebih berhati-hati dengan pelbagai sos atau pencicah yang disediakan bersama kerana ia dikhuatiri tidak halal.

Ada juga pada waktu waktu tertentu chef ini akan keluar dan melihat-lihat para pelanggan. Sekiranya beliau melihat orang Islam mendekati makanan-makanan yang tidak halal, maka dia akan mendekati mereka dan berbisik "Encik, makanan ni tidak halal...". Tapi tentulah banyak daripada masa mereka berada di dalam dapur. Jadi nasiblah kepada para pelanggan Islam yang lain sekiranya tidak sengaja menikmati makanan yang haram.

JAKIM telah memberi sijil Halal kepada 3 buah hotel sahaja tetapi sampai tamat program wawancara Radio 24 itu, saya tidak dapat menangkap nama Hotel 5 Bintang yang mana satu. D'Saji Felda telah diiktiraf Halal oleh JAKIM menurut Tokki (PPIM) cuma ia bukan nama Hotel 5 Bintang yang ingin saya dengar.

Saya berasa sangat terkesan di dalam hati apabila mendengar program ini dan pendedahan pengalaman-pengalaman daripada 2 orang Chef jemputan. Salah seorangnya kini telah menjadi Ketua Chef untuk Tabung Haji dan salah seorang lagi bertugas sebagai pengurus di sebuah syarikat makanan. Ia menjadi pengajaran kepada kita bahawa makanan yang nampak mahal dan sedap itu tidak semestinya memberi manfaat kepada kita.

Sekiranya anda tahu Hotel 5 Bintang yang diiktiraf Halal oleh JAKIM sila kongsikan kepada semua pembaca.
Wassalam...


P/s: sila sebarkan info ini dan tag mana-mana kenalan antum...sama-sama kita elakkan diri dari makan makanan yang boleh menyebabkan hati kita gelap dan susah untuk menuntut ilmu..yang halal dan haram itu jelas...


Cara Mengetahui Kek Yang Mengandungi Arak

Pengalaman bekerja di Hotel telah memberi pengalaman yang ingin saya kongsikan bersama pembaca semua. Saya pernah di lemparkan dengan kek yang saya buat kerana tidak mencampurkan wain atau rum.Rasa bersalah sentiasa menghantui kerana bersubahat untuk menghidangkan makanan yang tidak halal kepada orang Islam yang lain. Dengan itu saya berhenti kerja, coz saya rasa ada tempat lain lagi,yang boleh saya dapat rezeki yang halal.

Disini saya perturunkan, bagaimana ingin mengetahui kek yang kita makan mengandungi bahan tersebut. Apabila kek yang ada wain, rasanya seakan-akan masam sedikit. Puas saya fikirkan macaman nak memperjelaskan lagi rasanya.ok la,pernah tak buat Sponge Cake ( Sponge Cake Mix 100 gram, Air 100ml, Telur 100 ml dan Minyak 100 ml), kalau pernah cuba gantikan air dalam resepi, dengan air Pep.. atau Coke. Hasilnya kek kita akan terasa masam-masam sedikit seperti kek yang ada wain. Cubala buat, dan simpan "rasa" itu supaya kita akan lebih berhati-hati lagi dimasa akan datang, dan beritahu rakan2 atau saudara mara.
Untuk pengetahuan, adunan kek biasanya digaul dengan tangan. Oleh itu, berhati-hatilah membeli kek.
Sekian

Chef Farid


P/s: sila sebarkan info ini dan tag mana-mana kenalan antum...sama-sama kita mencegah dari memakan makanan yang diragui status halalnya..


Sunday, August 7, 2011

Layakkah Aku Untuknya.....

Menjelang Ramadhan...astro menayangkan drama Ketika Cinta Bertasbih  Special Ramadhan di saluran pelangi 142...
SUBHANALLAH...tak dapat diungkapkan dengan kata-kata...selama ini muvee Ketika Cinta Bertasbih 1 & 2 tersimpan rapi dalam hard disk..tapi tak pernah terdetik nak menonton muvee ni..cuma selepas menonton beberapa episod Ketika Cinta Bertasbih edisi ramadhan barulah hati ni rasa tergerak untuk menonton muvee KCB 1 & 2...


Sekali lagi Kang Habib gelaran kepada Habiburrahman El Shirazy telah menghasilkan novel yang bagus untuk santapan rohani dan jasmani...inilah salah satu sebab kenapa saya gemar membaca novel yang berunsur islamik..semuanya bermula daripada Novel Ayat-ayat Cinta karya Kang Habib...Beliau telah berjaya membuka mata saya yang selama ni kurang minat terhadap bacaan-bacaan yang mempunyai nilai-nilai islamik..


Bagi saya muvee KCB dan drama KCB sangat berjaya...kerana KCB telah membuka mata dan hati saya supaya jangan lebih mencintai Allah SWT...dengan mencintaiNya...hati jadi tenang..juga menyebabkan saya terfikir..layakkah saya untuk mengharapkan jodoh yang solehah..
sedangkan diri saya terkapai-kapai dalam mencari makna sebuah kehidupan..yang kadang-kadang hanyut dek dunia yang penuh dengan fitnah...Astagfirullah hal azim...betapa mudahnya jiwa dan hati ini terpedaya dengan keindahan dunia...


Alangkah indahnya jika saya dapat memperisterikan seorang isteri yang solehah...tapi adakah saya layak untuk mendambakan pasangan hidup yang solehah sedangkan diri saya ini banyak kekurangan...selalu alpa dan leka dengan bayangan duniawi...

Teringat sepotong ayat dari surah An-Nur...

Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)

Telah dinyatakan dalam Al-Quran..bahawa laki-laki yang baik untuk perempuan yang baik..dan laki-laki yang jahat untuk perempuan yang jahat...
Sekali lagi persoalan layakkah saya mendambakan seorang Muslimah yang solehah?
Tepuk dada tanya iman...apa yang mampu saya lakukan adalah dengan bermujahadah..beristiqamah..beristikharah...memohon yang terbaik dariNya..segala-galanya terserah pada ketentuan Ilahi...

Jika apa yang telah ditakdirkan untuk saya itu sesuatu yang berbeda dengan kemahuan hati, maka saya perlu damaikan hati saya dengan ketentuanNya...

Antara lirik nasyid yang saya ingat...nasyid "Permata Yang Dicari":-
'Ya ALLAH jika dia benar untukku,
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku,
Jika dia bukan milikku,
Damaikanlah hatiku dengan ketentuanMu'

Isteri yang solehah mampu mendamaikan jiwa seorang lelaki yang bergelar suami...dan suami yang soleh mampu memberi kebahagiaan kepada isteri yang solehah...sama-sama kita berusaha memperbaiki diri kita...supaya dapat membentuk akhlak dan nilai yang terpuji dalam diri kita..juga supaya kita mampu untuk mencintai Allah lebih dari kita cintakan duniawi...

Persoalan layak atau tidak...sepatutnya bukan menjadi suatu halangan untuk kita berharap pada sesuatu perkara yang baik..yang seharunya menjadi persoalan adakah kita sanggup untuk meninggalkan cinta pada duniawi dan lebihkan cinta kita pada Allah...InsyaAllah jika kita buat sesuatu dengan nawaitu yang baik..kita akan dikurniakan kebaikan semasa hidup di dunia dan juga di akhirat..

Jadikan matlamat untuk menjadi seorang Hamba yang soleh,seorang Anak yang soleh dan seorang suami yang soleh...sematkan matlamat ini di dalam jiwa kita..semoga kita sentiasa berada di jalan yang lurus sekaligus berjaya mencapai matlamat untuk menjadi seorang yang soleh/solehah...

P/s: Saya menyukai syair acheh yang disampaikan oleh Fadhil dalam KCB 1..


"Salamu’alaikom warahmatullah
Jaroe dua blah ateuh jeumala
Kedua belah tangan di atas jemala


Jaroe lon siploh di ateuh ule
sepuluh tanganku ini di atas kepala
Meuah lon lake bak kawom dumna
Mohon maaf kuhaturkan kepada semuanya
Jaroe lon siploh di ateuh ubon
Sepuluh tanganku ini diatas ubun
Salamu’alaikom lon tegur sapa
Salam alaikum, ku tegur sapa..
Jaroe lon siploh beu ot sikureng
Jari tanganku yang sepuluh kuangkat sembilan
Syarat ulon khen tanda mulia
Sebagai syarat, tanda mulia
Jaroe sikureng lon beu ot lapan
Jari sembilan kuangkat delapan
Geunan to timphan ngon aso kaya
Ganti timphan dengan isi srikaya
Jaroe lon lapan lon beuot tujoh
Jari tanganku yang delapan kuangkat tujuh
Ranup lam bungkoh lon jok keu gata
Sirih dalam bungkus ku serahkan pada tuan"


untuk mendengar syair ni..sila download disini


Dunia Herbs

1