IBADAH Menuntut Ilmu Kepentingan Ilmu Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.” Riwayat al-Bazzar
Tuesday, September 4, 2012
Sentiasa Bersyukur Kepada Allah SWT
Saya tak pasti episod ke berapa, tapi cerita yang dibawakan agak menarik disamping membawa mesej yang bagus...Elemen-elemen keinsafan dan sentiasa mengingati Allah serta sentiasa bersyukur dengan apa yang ada banyak diterapkan dalam episod kali ini...
Kisah kali ni mengenai seorang pengawal keselamatan yang bernama Simin, hidupnya susah...Isterinya bekerja sebagai tukang pencuci di rumah orang kaya di kampung yang mereka tinggal...
Walaupun Simin ni miskin, takde duit yang banyak...tapi dia seorang yang pemurah, sentiasa mengucapkan rasa syukur pada Allah atas apa saja rezeki yang dikurniakan Allah kepadanya....
Kesusahan hidup dia menyebabkan dia terpaksa menjual apa saja barang-barang berharga yang ada dalam rumahnya...
Anak-anaknya cuma makan nasi putih dengan garam, jika ada kicap diaorang makan dengan kicap...Disebabkan tak tahan melihat anak-anaknya makan nasi putih dengan garam...Isterinya menyuruh Simin menjual cerek yang dihadiahkan kepada mereka, cerek tu tak pernah diguna...
Si Simin ni berjalan ke seluruh pekan untuk menjual cerek tersebut, tapi takde orang yang nak beli cerek tu...Sampai la dia bertemu sahabatnya yang mengalami masalah sama dengannya, sahabatnya nak jual ikan tapi takde orang nak beli ikan tu...
Lepas tu diaorang sepakat untuk barter barangan yang tak laku untuk dijual itu...
Simin bawa balik ikan tu kerumahnya untuk dijadikan lauk-pauk untuk makanan tengah hari...Ikan tu dah berbau busuk sebenarnya, tapi Simin masih lagi ambil ikan tu untuk dimakan...
Semasa isteri Simin tengah menyiang ikan, dia terjumpa sebutir berlian...
Maher Zain dan Fadhli Padi bawa diaorang ke pekan untuk jual berlian tu, diaorang dapat jual berlian tu dengan nilai Rp200 Juta...
<SKip lagi ^_^>
Simin membayar hutangnya kat kedai makan, dia juga bayar sekali hutang-hutang orang kampung di kedai tu...
Simin dan keluarga dia masih tak bermewah-mewah walaupun dikurniakan rezeki yang banyak...Dia tak beli kereta atau rumah besar, sebaliknya beli sawah padi dan sedekahkan duitnya kepada anak-anak yatim...
Simin dan isterinya masih lagi bekerja seperti biasa, diaorang tak goyang kaki walaupun ada duit...
<Sori sebab intro panjang ^_^>
Apa yang saya nak highlightkan, Simin ni sentiasa bersyukur walaupun rezeki yang dia dapat tu tak banyak...Kejadian Simin dapat berlian tu, adalah satu cara Allah balas kebaikan dan kesabaran dia selama hidup susah, dia tak pernah bersedih atau menyalahkan siapa-siapa atas kesusahan hidupnya...Malahan dia sentiasa bersyukur dan sentiasa sujud kepada Allah....
Saya mengajak sahabat-sahabat serta diri saya sendiri, sama-samalah kita mengamalkan nilai murni ni, bersyukurlah dengan apa yang kita dapat, walaupun sebiji beras atau setitik air je yang kita dapat...Sentiasalah mengucapkan Alhamdulillah...Semoga Allah mencukupkan apa yang terkurang....
P/s: Agak tunggang langgang penulisan saya, tapi saya harap tulisan saya yang sedikit ni dapat memberi keinsafan kepada diri kita dan supaya usaha yang sedikit ni dapat memberi manfaat kepada anda yang membacanya...
Selamat beramal...
Dan (ingatlah) tatakala Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".
(Surah Ibrahim, ayat ke 7)
Tuesday, August 14, 2012
Kerendahan Diri Sultan Muhammad ke-5
[Copied from facebook group IIUM Online]
Ma Sya Allah!! Perkongsian hebat dari seorang graduan UIAM, bekas exco SRC, warga Kelantan, Ust Wan Norhaziki Wan Halim:
"Suatu hari ketika saya di tingkatan tiga, saya ke Masjid Muhammadi, Kota Bharu untuk mendirikan solat Jumaat.
Di dalam masjid, saya berasa hairan kerana para jemaah tidak berani menduduki beberapa helai sejadah kuning yang dihamparkan di belakang sejadah imam.
Tanpa mempedulikan orang lain, saya terus bersolat tahiyyatul masjid di atas sehelai sejadah kuning bersebelahan sehelai sejadah kuning empuk yang paling istimewa.
Ketika beri'tikaf, saya mula menyedari bahawa diri saya sedang diperhatikan oleh orang ramai termasuk tuan imam.
Tidak lama kemudian, beberapa individu berbaju Melayu kuning bersamping datang ke arah saya lalu duduk di atas sejadah-sejadah kuning berkenaan.
Baru saya menyedari bahawa Sultan Kelantan (Sultan Ismail Petra) duduk betul-betul di sebelah kiri saya di atas sejadah empuk tadi.
Ketika itu, saya mula rasa bersalah dan bertekad hendak mundur ke saf belakang kerana menyedari bahawa sejadah yang saya duduki di sebelah baginda sultan itu telah dikhaskan untuk seorang individu.
Ketika saya cuba berundur ke belakang, seorang pemuda yang saya yakini merupakan pemilik sejadah tersebut menghalang saya dari berundur dan beliau duduk bersebelahan saya.
Ketika bersalaman dengannya, beliau menghadiahkan senyuman manisnya kepada saya. Hari ini pemuda tersebut telah bergelar 'Sultan' bagi Negeri Serambi Mekah.
Jika dahulu semasa bergelar 'Raja Muda' baginda pernah membenarkan sejadahnya dipijak oleh saya, hari ini pula setelah bergelar 'Sultan' baginda telah membenarkan mahligainya diinapi oleh ribuan rakyatnya untuk berqiyamullail.
Uniknya, jika dahulu 'Istana Air Mata' pernah mengundang kontroversi di kalangan rakyat jelata, harini 'Istana Air Mata' telah mencatatkan sejarahnya di mana ribuan rakyat jelata bersama-sama rajanya telah menitiskan air mata di suatu malam di bulan yang penuh mulia.
Allahuakbar...Semoga Sultan Muhammad ke-5 sentiasa dirahmati Allah dan dikurniakan kesihatan tubuh badan yang berpanjangan...
Sunday, July 22, 2012
40 Nasihat Saiyidina Ali Ibn Abi Talib
Berikut adalah 40 nasihat Saiyidina Ali Ibn Abi Talib sebagaimana yang terdapat di dalam kitab Nahjul Balagh oleh Saiyidina Ali Ibn Abi Talib dan kitab Al Bayan Wattabyeen oleh Al Imam Abu Othman Amru Ibn Bahr Al Jaahidh r.a.
1. Pendapat seorang tua adalah lebih baik daripada tenaga seorang muda.
2. Menyokong kesalahan adalah menindas kebenaran.
3. Kebesaran seseorang itu bergantung dengan qalbunya yang mana adalah hanya sekeping daging.
4. Mereka yang bersifat pertengahan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin.
5. Jagailah ibubapamu, nescaya anak anakmu akan menjagai kamu.
6. Bakhil terhadap apa yang ditangan adalah tidak mempunyai kepercayaan terhadap Allah s.w.t.
7. Kekayaan seorang bakhil akan turun kepada ahli warisnya atau ke angin. Tidak ada yang lebih terpencil daripada seseorang bakhil.
8. Seorang arif adalah lebih baik daripada arif. Seorang jahat adalah lebih baik dari kejahatan.
9. Ilmu adalah lebih baik daripada kekayaan kerana kekayaan harus dijagai, sedangkan ilmu menjaga kamu.
10. Jagalah harta bendamu dengan mengeluarkan zakat dan angkatkan kesusahanmu dengan mendirikan solat.
11. Sifat menahan kemarahan adalah lebih mulia daripada membalas dendam.
12. Mengajar adalah belajar.
13. Berkhairatlah mengikut kemampuanmu dan janganlah menjadikan keluargamu hina dalam kemiskinan.
14. Insan terbahagi kepada 3 : mereka yang mengenal Allah, mereka yang mencari kebenaran dan mereka yang tidak berpengetahuan dan tidak mencari kebenaran.
Golongan terakhir inilah yang paling rendah dan tidak baik sekali dan mereka akan ikut sebarang ketua dengan buta seperti kambing.
15. Insan tidak akan melihat kesalahan seorang yang bersifat tawadhu' dan lemah.
16. Janganlah kamu takut kepada sesiapa melainkan dosamu terhadap Allah.
17. Mereka yang mencari kesilapan dirinya sendiri adalah selamat daripada mencari kesilapan orang lain.
18. Harga diri seseorang itu adalah berdasarkan apa yang ia lakukan untuk memperbaiki dirinya.
19. Manusia sebenarnyasedang tidur tetapi akan bangun apabila ia mati.
20. Jika kamu mempunyai sepenuh keyakinan akan Al Haq dan kebenaran, nescaya keyakinanmu tetap tidak akan berubah walaupun terbuka rahsia rahsia kebenaran itu.
21. Allah s.w.t merahmati mereka yang kenal akan dirinya dan tidak melampaui batasnya.
22. Sifat seseorang itu tersembunyi disebalik lidahnya.
23. Seseorang yang membantu adalah sayapnya seseorang yang meminta.
24. Insan tidur diatas kematian anaknya tetapi tidak tidur diatas kehilangan hartanya.
25. Barangsiapa yang mencari qpq yqng tidak mengenainya nescaya hilang apa yang mengenainya.
26. Mereka yang mendengar orang yang mengumpat terdiri daripada golongan mereka yang mengumpat.
27. Kegelisahan adalah lebih sukar dari kesabaran.
28. Seorang yang hamba kepada syahwatnya adalah seorang yang lebih hina daripada seorang hamba kepada hamba.
29. Orang yang dengki, marah kepada orang yang tidak berdosa.
30. Putus harapan adalah satu kebebasan, mengharap (kepada manusia) adalah suatu kehambaan.
31. Sangkaan seorang yang berakal adalah suatu ramalan.
32. Seorang akan mendapat teladan diatas apa yang ia lihat.
33. Taat kepada perempuan (selain ibu) adalah kejahilan yang paling besar.
34. Kejahatan itu mengumpulkan kecelakaan yang memalukan.
35. Jika berharta, berniagalah dengan Allah dengan bersedekah.
36. Janganlah kamu lihat siapa yang berkata tetapi lihatlah apa yang dikatakannya.
37. Tidak ada percintaan dengan sifat yang berpura pura.
38. Tidak ada pakaian yang lebih indah daripada keselamatan.
39. Kebiasaan lisan adalah apa yang telah dibiasakannya.
40. Jika kamu telah menguasai musuhmu, maafkanlah mereka, kerana perbuatan itu adalah syukur kepada kejayaan yang telah kamu perolehi.
Subscribe to:
Posts (Atom)