IBADAH Menuntut Ilmu Kepentingan Ilmu Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.” Riwayat al-Bazzar
Wednesday, December 3, 2008
Golongan Ahli Syurga Dijamin Masuk Syurga
a.Pemimpin yang adil.
b.Seorang pemuda yang hidupnya selalu beribadah kepada Allah.
c.Laki-laki yang hatinya terikat dengan masjid.
d.Dua orang yang saling menyayangi kerana Allah. bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
e.Seorang laki-laki yang apabila dirayu oleh wanita cantik, berkedudukan dan kaya, ia berkata: “Tidak ... saya takut kepada Allah.”
f.Laki-laki yang bersedekah dengan rahsia, sehingga tangan kirinya tidak mengetahui yang dikeluarkan oleh tangan kanannya.
g.Laki-laki yang berzikir kepada Allah secara sembunyi, air matanya berlinang kerana takut kepada Allah.