Wanna Help me? Click Here....(^_^)

Kursus Kompilasi Perniagaan Internet

Surirumah Jutawan

Saturday, June 5, 2010

Zionis membuat kenyataan rasmi melakukan pembunuhan kejam ke atas aktivis “Armada Kebebasan”

Jumaat, 04/06/2010 – Rejim Zionis membuat pengakuan secara rasmi, melalui kenyataan Menteri pertahanannya, Ehud Barak, berkenaan pembunuhan secara kejam yang mengerikan terhadap para aktivis antarabangsa di atas armada “kebebasan”, pada waktu subuh, hari Isnin (31-5), dimana puluhan dari aktivis keamanan tersebut telah jatuh syahid dan cedera, dan beliau mengesahkan lagi bahawa tentera zionis telah melaksanakan apa yang telah diperintahkan kepada mereka.
Ehud Barak berbangga dengan tindakan tentera laut Israel, diatas kejayaan mereka melaksanakan operasi penangkapan armada “kebebasan”, yang telah menyebabkan sembilan belas orang terbunuh dan lima puluh yang lain cedera serta menahan beratus-ratus aktivis antarabangsa. Beliau menambah lagi bahawa “tentera laut Israel telah melakukan tindakan yang teliti atas tanggungjawab yang diberikan pada mereka dalam berurusan dengan penumpang armada kebebasan, “katanya.
Media Zionis menyiarkan kenyataan Barak, pada hari Rabu (2 / 6), yang dibuat untuk ahli unit komando, “Shalit 13″ yang telah melakukan serangan terhadap armada kebebasan: “Aku datang untuk mengucapkan terima kasih kerajaan,” Israel “, dan untuk menyatakan pada kamu semua “Israel mengucapkan terima kasih atas kamu semua “.
Sumber Dari: palestinkini.info
P/S: Beginilah cara yahudi yang kejam. Berbangga dengan pembunuhan yang diaorang telah lakukan, betapa bongkak, angkuh dan sombongnya kaum yahudi laknatullah ni. Semoga Allah menempatkan para syuhada kita bersama para mujahid dan mujahidah. Semoga Israel mendapat balasan yang sepatutnya diatas kekejaman yang telah mereka lakukan.


Dunia Herbs

1