IBADAH Menuntut Ilmu Kepentingan Ilmu Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.” Riwayat al-Bazzar
Tuesday, January 18, 2011
Sifat Mahmudah Adalah Sifat Yang Patut Dimiliki
Qanaah menurut Kamus Dewan ialah sikap berpada-pada,iaitu berpuas hati dengan apa yang ada. Dengan erti kata lain, redha dengan pemberian Allah diatas nikmat kurniaaNya yang sangat luas dan tidak meminta lebih daripada apa yang telah diberikan kepada kita.
Rasulullah Sallahualaihiwasallam ialah manusia yang mempunyai sifat qanaah yang paling kuat dalam diri baginda. Baginda bersabda yang bermaksud:"Aku di dunia ibarat musafir yang berteduh di bawah sebatang pokok, berehat dan kemudian meninggalkannya." (Riwayat al-Tirmizi no. 2377)
Ciri-ciri Qanaah
- Selalu mengucapkan "Alhamdulillah 'ala kulli hal" diatas setiap nikmat dan musibah yang melanda diri kita.
- Jarang merungut.
- Redha dengan segala ketentuanNya.
- Sentiasa berbaik sangka dengan Allah S.W.T.
- Sentiasa berfikiran positif.
- Tidak berputus asa.
- Berpuas hati dengan sesuatu yang sedikit.
- Meminta kepada Allah dan kemudian bertawakal.
Bagaimana Membina Qanaah
- Memahami konsep Qadak dan Qadar Allah S.W.T.
- Beriman bahawa Allah tidak pernah menzalimi hambaNya, bahkan kitalah sebagai hamba yang sering menganiayai diri sendiri.
- Sematkan syukur, pasti qanaah akan menyusul kemudian.
- Selalu berdoa kepada Allah S.W.T.
- Berfikir tentang makhluk Allah yang telah dijadikan sebagai taskhir (kegunaan) kepada manusia.
Qanaah lahir daripada beberapa sifat mahmudah. Alangkah indahnya wajah seorang Muslim yang selalu tersenyum tika menerima khabar gembira mahupun khabar buruk tanpa merungut walau sedikit pun.
P/s: Teringat lirik lagu dari Kumpulan Hijjaz mengenai Sifat Mahmudah ini...lirik yang sangat bermakna walaupun ringkas...
Susah untuk dimiliki dan susah juga untuk dijaga...Alangkah indah hidup ini jika semua orang memiliki sifat mahmudah ini.
Apa yang paling penting dalam hidup kita adalah bagaimana kita nak mendidik diri kita supaya memiliki akhlak yang mulia. Kerana seseorang itu dihormati serta dipandang mulia kerana akhlaknya bukan kerana rupanya hatta pangkat.
Hayatilah lirik Sifat Mahmudah dari Hijjaz ini...sambil mendengar dan menghayati liriknya, sama-sama kita renungkan adakah kita sudah memiliki sifat-sifat mahmudah ini? Jika belum ada lagi, sama-sama kita didik diri kita untuk memiliki sifat mahmudah ini..
Akhir kata, yang mana yang baik datang dari Allah S.W.T. dan yang mana yang kurang elok datang daripada kesilapan diri kita sendiri..Sama-sama kita beramal dalam mengerjakan amalan kebaikan...
Judul : Sifat Mahmudah
Album : Pelita Hidup II
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com
( korus )
Inilah Sebahagiaan sifat mahmudah
Yang patut ada pada diri kita
Susah dimiliki payah dijaga
Hanya yang punya
Yang bermujahadah 2X
Ikhlas itu jiwa yang murni
Rahsia Allah di dalam hati
Terlalu sembunyi tapi dapat dikesan
Jika disuluh dengan saksama
Nista dan puji tiada berbeza
( ulang korus )
Redha sifat hati yang suci
Ujian yang tiba rasa gembira
Atau tiada apa terasa
Kerna menerima anugerah Tuhannya
Kerna menerima anugerah Tuhannya
Sifat Sabar sedikit berbeza
Ujian yang menimpa sakit dirasa
Tapi dapat ditahan perasaannya
Hanya bermain di dalam sahaja
Di luar tidak nampak terang nyata
( ulang korus )
Saturday, January 1, 2011
Sambutan Tahun Baru Yang Merosakkan
Sekali lagi kebanyakan manusia menyambut tahun baru dalam keadaan yang merosakkan...
Kenapa merosakkan? Kerana ia disambut dengan konsert-konsert, maksiat, tiada sempadan dalam pergaulan antara kaum hawa dan kaum adam...
Keluar malam-malam, balik siang hari dalam keadaan yang memalukan...ada yang mabuk, hilang maruah dan sifat malu...
Manusia di zaman serba moden ini lebih mementingkan sesuatu yang dapat memuaskan hawa nafsu mereka daripada memikirkan seberapa banyak dosa dan pahala yang telah dikumpulkan sepanjang tahun 2010....
Tak cukup dengan dosa yang sedia ada..mereka 'topup' pula dosa dengan sambutan tahun baru yang mengasyikkan...penuh dengan unsur-unsur yang jauh menyimpang dari apa yang telah ditetapkan oleh syariat...
Islam cuma tinggal pada nama sahaja...Praktikalnya?Hanya beberapa peratus yang masih berpegang teguh pada ajaran agama...Yang lainnya telah memperhambakan diri pada nafsu...nafsu yang sepatutnya ditundukkan telah dipuja oleh sebilangan manusia...
Tidakkah kita sedar yang bukan mudah untuk para mujahid dan mujahidah bergadai nyawa dan harta demi menegakkan syiar Islam...demi membangunkan masyarakat Islam yang berdiri diatas satu landasan yang lurus...
Tapi dengan senang lenang kita menghancurkan apa yang telah dibina oleh para pejuang Islam...Kerana wujudnya pemimpin yang tamak haloba...mengamalkan riba,rasuah dan pelbagai perkara-perkara yang tidak elok...
Adakah lagi pemimpin yang sanggup berkorban apa sahaja demi menegakkan syiar Islam yang semakin lama semakin rapuh? Bila mana maksiat dijadikan sebagai salah satu daripada sumber pendapatan negara...Tak cukupkah dengan peringatan seperti bala bencana yang telah ditunjukkan kepada kita...
Adakah kita mahu bumi diterbalikkan dahulu baru nak melakukan perubahan?
Sedarlah para mujahid dan mujahidah...lakukan perubahan...tegakkan syiar Islam...Jadilah khalifah yang menepati kriteria-kriteria pemimpin Islam yang sebenar...
Sama-sama kita mohon kepadaNYA supaya akan lahirnya pemimpin yang layak untuk digelar Khalifah...
Subscribe to:
Posts (Atom)