Wanna Help me? Click Here....(^_^)

Kursus Kompilasi Perniagaan Internet

Surirumah Jutawan

Tuesday, January 18, 2011

Sifat Mahmudah Adalah Sifat Yang Patut Dimiliki

Qanaah


Qanaah menurut Kamus Dewan ialah sikap berpada-pada,iaitu berpuas hati dengan apa yang ada. Dengan erti kata lain, redha dengan pemberian Allah diatas nikmat kurniaaNya yang sangat luas dan tidak meminta lebih daripada apa yang telah diberikan kepada kita.


Rasulullah Sallahualaihiwasallam ialah manusia yang mempunyai sifat qanaah yang paling kuat dalam diri baginda. Baginda bersabda yang bermaksud:"Aku di dunia ibarat musafir yang berteduh di bawah sebatang pokok, berehat dan kemudian meninggalkannya." (Riwayat al-Tirmizi no. 2377)


Ciri-ciri Qanaah
  • Selalu mengucapkan "Alhamdulillah 'ala kulli hal" diatas setiap nikmat dan musibah yang melanda diri kita.
  • Jarang merungut.
  • Redha dengan segala ketentuanNya.
  • Sentiasa berbaik sangka dengan Allah S.W.T.
  • Sentiasa berfikiran positif.
  • Tidak berputus asa.
  • Berpuas hati dengan sesuatu yang sedikit.
  • Meminta kepada Allah dan kemudian bertawakal.

Bagaimana Membina Qanaah
  • Memahami konsep Qadak dan Qadar Allah S.W.T.
  • Beriman bahawa Allah tidak pernah menzalimi hambaNya, bahkan kitalah sebagai hamba yang sering menganiayai diri sendiri.
  • Sematkan syukur, pasti qanaah akan menyusul kemudian.
  • Selalu berdoa kepada Allah S.W.T.
  • Berfikir tentang makhluk Allah yang telah dijadikan sebagai taskhir (kegunaan) kepada manusia.
Qanaah lahir daripada beberapa sifat mahmudah. Alangkah indahnya wajah seorang Muslim yang selalu tersenyum tika menerima khabar gembira mahupun khabar buruk tanpa merungut walau sedikit pun.  



P/s: Teringat lirik lagu dari Kumpulan Hijjaz mengenai Sifat Mahmudah ini...lirik yang sangat bermakna walaupun ringkas...
Susah untuk dimiliki dan susah juga untuk dijaga...Alangkah indah hidup ini jika semua orang memiliki sifat mahmudah ini. 


Apa yang paling penting dalam hidup kita adalah bagaimana kita nak mendidik diri kita supaya memiliki akhlak yang mulia. Kerana seseorang itu dihormati serta dipandang mulia kerana akhlaknya bukan kerana rupanya hatta pangkat.


 Hayatilah lirik Sifat Mahmudah dari Hijjaz ini...sambil mendengar dan menghayati liriknya, sama-sama kita renungkan adakah kita sudah memiliki sifat-sifat mahmudah ini? Jika belum ada lagi, sama-sama kita didik diri kita untuk memiliki sifat mahmudah ini..


Akhir kata, yang mana yang baik datang dari Allah S.W.T.  dan yang mana yang kurang elok datang daripada kesilapan diri kita sendiri..Sama-sama kita beramal dalam mengerjakan amalan kebaikan...







Judul : Sifat Mahmudah
Album : Pelita Hidup II
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com

( korus )
Inilah Sebahagiaan sifat mahmudah
Yang patut ada pada diri kita
Susah dimiliki payah dijaga
Hanya yang punya
Yang bermujahadah 2X

Ikhlas itu jiwa yang murni
Rahsia Allah di dalam hati
Terlalu sembunyi tapi dapat dikesan
Jika disuluh dengan saksama
Nista dan puji tiada berbeza

( ulang korus )

Redha sifat hati yang suci
Ujian yang tiba rasa gembira
Atau tiada apa terasa
Kerna menerima anugerah Tuhannya
Kerna menerima anugerah Tuhannya

Sifat Sabar sedikit berbeza
Ujian yang menimpa sakit dirasa
Tapi dapat ditahan perasaannya
Hanya bermain di dalam sahaja
Di luar tidak nampak terang nyata

( ulang korus )



Dunia Herbs

1