IBADAH Menuntut Ilmu Kepentingan Ilmu Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.” Riwayat al-Bazzar
Saturday, March 26, 2011
Persiapan Menjelang Final Exam
Assalamualaikum wbt....
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izinNya kita masih diberikan peluang untuk menikmati hidup ini. Harap saudara/ri sihat sejahtera dan iman berada dalam keadaan sempurna. Semoga kita menjadi hamba yang sentiasa bersyukur dan tidak alpa dengan hidup di dunia ini. Kita perlu pastikan apa yang ada di dunia ini tidak melalaikan kita dalam melaksanakan amanah-amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada kita.
Final Exam hanya tinggal beberapa hari lagi. Kena plan study betul-betul ni, masa semakin singkat, level stress pun semakin naik. Jangan ingat main game je ada level, stress pun ada level dia. Well, stress tu normal bagi seorang yang bergelar siswa/siswazah tambahan pula dengan tarikh final exam yang semakin hampir.
Study-study juga, tapi jangan lupa ibadah-ibadah wajib dan sunat yang patut kita buat. Solat lima waktu jangan tinggal, dapat sembahyang pada awal waktu dan secara berjemaah lagi bagus. Amalkan juga solat-solat sunat seperti solat sunat hajat, tahajud, witir dan sebagainya. Ini salah satu cara untuk menyucikan jiwa dan untuk mendapatkan ketenteraman jiwa sepanjang tempoh "berjihad". Mengaji Al-Quran jangan dilupakan, zikir sebagai penawar dikala kesedihan.
Sem ni ada 6 subjek, agak mencabar kerana kebanyakan subjek semester ini memang susah untuk difahami. Hari ni (Sabtu 26 Mac 2011), selesai final exam skill 2 archery, ingatkan soalan susah, tapi senang sebenarnya. Pelik dengar skill memanah? Sebenarnya normal je, dan bagi saya skill memanah ni paling enjoy, best tahap gaban. Best sebab memanah ni dapat kurangkan level stress, yela bayangkan targer shooting tu sebagai punca stress, then shoot kat target tu, konpem rasa rilex sedikit selepas shoot target.
Alamak, melalut lak...Back to the right path again, pantang larang sebelum mempersiapkan diri untuk exam ni banyak, antaranya pantang larangnya adalah:-
- Jangan makan melebihi kapasiti badan anda, sini kena guna istilah ukur baju dibadan sendiri. Maksudnya, sebelum nak makan tu plan dulu makanan yang sesuai untuk dimakan dan tak melebihi berat yang sepatutnya. Bukan apa, lau makan banyak...kemungkinan untuk obesiti atau keracunan makanan tu adalah sangat tinggi. So, berpada-padalah dalam bermakan-makan.
- Jauhi perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah seperti mengumpat, memaki hamun, buat bising masa member nak study (kajian menunjukkan roomate yang buat bising masa roomate lain tengah study berkemungkinan untuk dipukul atau diikat cam mamat yang buat bising dalam citer Bujang Lapok), jauhkan dari berjalan ditengah jalan (100% kemungkinan anda akan ditabrak oleh motokar adalah sangat tinggi), dan lain-lain.
- Bagi peminat setia drama bersiri, tak kira korea ke jepun. Elakkan dari menonton drama-drama bersiri ini kerana kemungkinan besar anda tak mampu untuk stop dari menonton dan ini akan menyebabkan fikiran anda diracuni dengan ilmu-ilmu yang datang dari drama tersebut.
- Elakkan dari tido terlalu lewat, kerana anda mungkin terlepas waktu exam kerana terlebih tido.
- Elakkan stay up malam sebelum exam, tak elok tak tido lansung, nanti time exam boleh blur dan segala-segala usaha untuk study jadi sia-sia.
- Elakkan dari minum minuman yang mengandungi kadar kafein yang banyak, seelok-eloknya tok sah minum ler. Efek dia boleh buat tak leh tido malam, mandi tak basah dan makan tak kenyang.
- Bagi gamer-gamers lak, stop untuk sementara waktu dari bermain game. Kan lebih elok waktu main game tu diisi dengan menelaah pelajaran.
- Bagi kapel-mapel ataupun sape-sape yang rasa dia bercinta monyet tu, stop dulu. Tapi yang lebih bagus tak yah kapel la, tak de faedah, bagi 1001 masalah lagi adala. Jangan marah ye, ni untuk kebaikan diri anda sendiri je, xmo follow saya xde masalah.
- Bagi facebook addicted atau peminat setia laman sosial, time exam ni hentikan ler dulu dari surf facebook ni. Melalaikan, boleh menyebabkan tahap stress makin meningkat lau main facebook time study.
- Jauhilah perkara-perkara mungkar ni kerana boleh merosakkan iman dan akidah serta mengakibatkan apa yang nak belajar tu susah nak ingat.
Ok ni last, lau tak nak baca xpe..Cuma nak bagitau je...ini tarikh-tarikh untuk menuju ke medan perang.
Maat Taufik wa Najah....May Allah bless you and succeed in final exam. Think positive and act now while there are still have time......
From: Mohd Amin Firdaus bin Suhaimi (^_^)