Wanna Help me? Click Here....(^_^)

Kursus Kompilasi Perniagaan Internet

Surirumah Jutawan

Monday, April 25, 2011

Perpaduan Antara Kaum Semakin Goyah

Dari pemerhatian saya selama beberapa tahun yang terdekat ni, saya dapati masalah perkauman di negara kita semakin meruncing. Makin hari makin teruk, semangat perpaduan yang sangat kukuh antara rakyat negara kita suatu ketika dahulu semakin goyah. Kenapa perkara sebegini boleh berlaku? Dimanakah peranan mereka-mereka yang bertanggungjawab dalam menyatupadukan seluruh kaum di Malaysia?



Saya masih ingat pada tahun 1998, waktu itu saya bersekolah di Sekolah Rendah Sultan Yahya Petra I, pelbagai kaum yang bersekolah di sana, kami semua berkawan rapat tak kira kaum Cina, India dan Melayu. Tiada sebarang masalah perkauman yang wujud antara kami masa itu. Begitu kukuh ikatan perpaduan antara kaum ketika itu, seolah-olah kami seperti saudara-mara. Boleh bermain bersama-sama, belajar bersama-sama dan lain-lain lagi.

Kenangan yang sangat manis, walaupun sudah lama masa berlalu, tapi saya masih ingat rupa kawan-kawan pelbagai kaum ketika itu. Cuma mungkin saya tak berapa ingat nama-nama mereka. Itu cerita semasa sekolah rendah.

Lagi cerita semasa saya menjalani latihan Program Latihan Khidmat Negara(PLKN) di Kem D'Jelapang Padi, Kubang Pasu, Kedah. Di sana saya sangat rapat dengan kawan-kawan kaum India, Cina dan Melayu. Masih tiada sebarang isu-isu perkauman ketika itu. Tak silap saya masa tu tahun 2006, hanya 5 tahun yang lepas. Dalam masa beberapa tahun ni banyak perkara yang berubah. Termasuk keadaan politik negara yang semakin membimbangkan. Berbalik kepada cerita semasa di PLKN, saya masih ingat sewaktu mula-mula sampai di kem PLKN itu, seorang kawan dari kaum cina yang mula menegur saya. Dia mengajak saya berborak bagi menghilangkan rasa rindu terhadap keluarga yang berada di pantai timur.

Dia seorang yang sangat ceria, sehingga saya terlupa buat seketika rasa rindu pada kampung halaman. Rindu saat-saat indah pada waktu itu, membuatkan saya teringin untuk kembali ke masa silam. 

Disana juga saya rapat dengan beberapa kawan kaum india, mereka sangat peramah, malah boleh dikatakan kawan yang baik. Sikap prejudis kebanyakan orang sekarang yang sering memandang rendah pada setiap kaum adalah salah dan tidak patut dibiarkan perkara seperti ini menjadi duri dalam daging didalam masyarakat kita yang berbilang kaum ni.
Rakyat Malaysia sepatut bersatu padu bagi memakmurkan negara dan sama-sama memilih pemimpin yang mampu menjalankan tanggungjawab melalui saluran yang betul. Kerana kurangnya keprihatinan kebanyakan masyarakat kita terhadap masalah perpaduan ini menyebabkan satu pihak mempergunakan isu ini sebagai satu cara untuk mengangkat diri mereka sendiri. Walhal mereka hanya melakukan sesuatu demi memenuhi kepentingan diri mereka sendiri tanpa mengambil peduli masalah yang dialami oleh setiap rakyat.

Saya amat tidak menyokong budaya berpuak-puak ini, kerana ianya merugikan kita semua. Kenapa kita tidak bersatu-padu bagi menentang ketidakadilan yang semakin berleluasa di arena politik. Saya bukanlah seorang yang suka dengan politik, kerana bagi saya politik sekarang merupakan punca utama perpaduan antara kaum semakin rapuh. Politik ini juga memecahbelahkan serta memutuskan hubungan silaturahim yang sedia ada.


Sebenarnya bila kita kenal dengan kaum lain-lain ni kita akan tahu sebenarnya mereka ni peramah dan mesra seperti kebanyakan orang kita. Ia adalah kebiasaan dimana ada yang baik, ada juga sesetengah yang tak berapa baik, semua manusia sama sahaja, tiada beza. Yang membezakan seseorang itu ialah macam mana dia melayan orang-orang disekelilingnya.

Saya berharap masalah perpaduan yang semakin rapuh ini dapat diperbaiki demi membina satu negara yang kukuh dari segi sokongan rakyat. Jika masalah ini dapat diatasi, kemungkinan kadar jenayah yang sedia ada dapat dikurangkan. Yang paling penting disini adalah kerjasama antara setiap kaum. Say no to racism, it does not help develop our country but it will make it became worse than before.

Cam berdebat-debik pula. Pemimpin-pemimpin sekarang perlu mencari satu penyelesaian bagi menyetelkan isu ni, duduk satu meja, bukan bertelagah sesama sendiri demi menegakkan perkara yang tidak ada kepentingan kepada rakyat serta pembangunan negara. Amik contoh kepimpinan khulafa' ar-rasyidin. Kenapa nak ikut cara pemerintahan sekular yang diamalkan oleh barat. Sedangkan kita ada contoh kepimpinan khalifah-khalifah dizaman kegemilangan Islam. Saya berpendapat sistem pemerintahan khalifah patut diwujudkan semula, perlunya penubuhan majlis syura bagi melantik pemimpin yang berkaliber.


Selagi sistem pemerintahan tidak berubah, amat sukar untuk saya menyokong sistem pemerintahan sekular sekarang. Ia seperti kita membiarkan diri kita dipergunakan oleh barat kerana kita mengguna pakai sistem sekular yang diwujudkan oleh barat.


Sunday, April 24, 2011

Praktikal vs Study

Kali ni nak mengarut sikit pasal praktikal vs study....
Mula-mula dengar pasal kena amik praktikal sebagai syarat untuk lulus degree agak trauma...kenapa? Almaklum ler saya ni jenis pemalu, nak berinteraksi dengan manusia-manusia yang habitat sama dengan saya agak susah...Dah semulajadi macam ni..sejak kecik dah memang pemalu dan pendiam...Nak ubah camner...tak tau nak fikir macam mana lagi dah...


Ok, tujuan praktikal ni sebenarnya nak beri pendedahan awal kepada bakal-bakal "workaholic" dunia pekerjaan yang sebenarnya...tak semudah yang disangka...banyak cabaran-cabarannya..antaranya kena tahan amarah big boss...lau ada tak kena sikit je, kena buat balik..selain daripada itu, untuk bagi sedikit ilmu macam mana sesuatu syarikat beroperasi...susun atur mejanya, buat akaun, bayar gaji dan lain-lain...






Dah cukup dengan intro yang tak seberapa panjang, sekarang kembali kepada al-kisah saya...gelisah bila dengar kena buat praktikal...sebab tak tahu macam mana nak hadapi situasi sebenar bila praktikal nanti...punya banyak apply praktikal kat sana-sini...last-last dapatla kat tempat hypermarket..dah kira last choice mula-mula..sebab hypermarket tu je yang nak bayar elaun...mata duitan betul...nak pilih yang ada elaun je..


Dah pegi department bisnes admin...isi confirmation nak praktikal kat hypermarket tu...malas nak fikir banyak sebenarnya..sebab masa tu CPU busy fikir pasal preparation untuk final exam...tu yang main amik je tempat praktikal kat hypermarket tu...


Sekali dah habis exam, my lovely mum call..gitau dapat tempat praktikal kat Northport (M) Bhd....peh, tak skor lak leh dapat kat Northport...yela, dah lama hantar permohonan kat Northport...lepas 2 bulan baru dapat feedback...memang terkejut ler...Mula-mula jual mahal, tak nak amik Northport...sebab malas nak pegi department balik nak isi borang confirmation untuk praktikal...leceh lor...dah la department bisnes tingkat 4...tinggi nak merangkak ke sana...bilik asrama lak tingkat 4 gak...leh kurus lau tiap-tiap hari mendaki anak tangga ke tingkat 4...


Still stick nak praktikal kat hypermarket lagi tu...sekali balik umah terfikir lau praktikal kat Northport maybe mencabar sikit..yela praktikal kat pelabuhan..kira-kira kontena...best jugak tu...leh kira lori jugak...
Pastu ajak la 1 family pegi survey hypermarket...siap guna GPS...sekali GPS tunjuk jalan jauh punya..terbaik betul...dari umah ke tempat hypermarket tu patut amik masa dalam 15-20minit je...tapi disebabkan GPS punya prinsip "Biar Lambat Asalkan Selamat" so ikut jalan jauh...dalam lebih kurang 40minit baru sampai ke hypermarket tu...






My first impression tengok cam suram je kawasan tu..yela, expect besar cam Giant...sebab guna nama hypermarket..sekali tak seperti yang dijangkakan...indah khabar dari rupa...last-last decide nak tukar tempat praktikal ke Northport...terpaksa la pegi department..dari Klang ke UIA...semata-mata nak isi borang confirmation untuk praktikal...terpaksa redah highway sejauh 60Km....


Kejap je pun isi borang tu, tak sampai 5minit...pastu balik la semula kerumah dengan keletihan..sebab pagi-pagi dah bangun pada hari tu...


Kesimpulannya praktikal memang banyak benda nak kena settle sebelum boleh buat praktikal...tu belum masuk kena cari supervisor, department supervisor, report praktikal, kena isi log book...peh banyak...lau belajar tak la rumit cam ni..nasib-nasib...Terasa belajar lebih seronok dari praktikal..still menanti hari untuk praktikal...harap-harap semuanya berjalan lancar dan lulus praktikal ni...So, sape-sape yang ada sebarang nasihat mengenai praktikal..sila-silalah komen kat bawah ye..panjang lebar pun tak pe...hati still tak keruan ni..gelisah pun ada...


Sunday, April 17, 2011

Dilema seorang hamba Allah

Suatu ketika dahulu aku sering mendambakan cinta daripada kaum hawa sehinggakan aku sanggup mengabaikan kebajikan diri sendiri dan masa bersama yang berkualiti bersama orang yang tersayang.

Cinta kepada manusia, manusia akan mati. Cintakan dunia, dunia akan hancur.
Cinta kepada Allah kekal abadi.
Cinta kepada keluarga, damailah kehidupan kita.

Dulu aku beranggapan bahawa "couple" itu satu kemestian walhal aku tidak jelas apa faedah "couple". Adakah aku ber"couple" hanya kerana mahu mengisi masa lapang atau sekadar mencari sesuatu aktiviti bagi mengisi kekosongan dalam kamar hatiku.

Semasa aku mula mengenal erti cinta terhadap kaum yang berlainan jantina, fikirankanku seringkali berada diawang-awangan. Aku bermimpi di siang hari dalam keadaan jiwaku separuh sedar.

1st time aku "couple" beberapa minggu sebelum peperiksaan SPM, masa tengah hanyut didalam arus cinta aku bersemangat untuk buat apa sahaja. Tapi sayang 1st love hanya bertahan selama 6 bulan sahaja. Mula-mula putus cinta, aku rasa betapa sakitnya hati sehinggakan aku menangis hanya kerana putus cinta.

Pada masa itu, abangku menenangku dengan memberi kata-kata semangat. Alhamdulillah aku berjaya keluar daripada kemelut jiwa yang melanda diriku. Benar kata orang, cinta itu buta. Aku temui cinta baru selepas itu, "couple" beberapa kali dan putus pun beberapa kali. Tapi aku tidak lagi menangis seperti dulu kerana aku yang buat keputusan untuk "break-up".

Bila difikirkan balik, rasa seperti aku ingin membalas dendam kerana putus cinta dulu. Tujuan aku "couple" hanya untuk menyakitkan hati orang lain dengan "break-up". Betapa teruknya diriku, tak ubah seperti playboy atau buaya darat yang sering mempermainkan perasaan kaum hawa.

Sekarang aku sedar yang bukanlah "couple" mampu buat jiwa ini tenang, tapi rasa cinta padaNya yang mampu buat jiwa ini tenang. Aku tekad tak mahu terlibat dengan budaya "couple" ini lagi. Aku lebih memilih cinta selepas nikah.

Dilema aku sekarang, bila terlihat kaum hawa yang cantik manis di laman sosial mahupun di mana-mana membuatkan aku teringin kembali bercinta. Tapi bukan "couple", aku memilih untuk bercinta selepas aku berkahwin.

Pernah aku suarakan kehendakku ingin berkahwin beberapa bulan yang lepas, tapi tidak mendapat sambutan hangat. Walaupun kepingin untuk mempunyai seorang isteri yang boleh aku berkongsi apa sahaja, tapi terpaksa aku lupakan hasrat hatiku buat seketika kerana aku tak mahu menjadi seorang yang terlalu mementingkan diri sendiri. Mungkin orang lain dapat kahwin kerana ada sokongan dari segi kewangan daripada mak dan ayah diaorang. Tapi aku tidak mahu membebankan keluargaku dengan masalah ini.

Mak aku pernah berpesan, semasa belajar jangan minta kahwin. Belajar dulu, kemudian bekerja dan kumpul duit, barulah boleh fikir pasal kahwin. Berkahwin bukan suatu perkara yang mudah, nak hidup bukan sehari dua dengan pasangan kita. Bukan macam biskut chipsmore yang cepat habis kalau dihidangkan bersama air milo panas.

Perjalanan hidupku masih jauh, aku hanya mampu merancang, tapi DIA yang menentukan semuanya. Adakah aku akan berjumpa dengan seseorang yang dapat memahami isi hatiku yang agak sukar untuk difahami ini? Nobody knows, only Allah know who is my future wife.

Ada orang yang suka berpoligami, bangga jika ada lebih dari seorang isteri. Tapi bagi aku cukuplah seorang isteri sahaja senang nak jaga.

Ciri-ciri seorang isteri yang jadi pilihanku:-
1) Anak yang taat kepada perintah Allah dan ibubapanya. Senang cerita, anak yang solehah.
2) Biar sedap mata memandang. Comel?Cute? Tak kisah sebenarnya. Kecantikan ni tak kekal.
3) Sopan santun.
4) Menutup aurat.
5) Bertudung. Kalau ada yang tak pakai tudung kena belajar pakai tudung ler. Jangan rembat tudung saji udah ler. Mentang-mentang letak syarat bertudung, pakai tudung saji pun tak kisah. Pelik lak jadinya.
6) Pandai memasak, mengemas, dan sebagainya.
7) Pandai layan kerenah budak-budak.
8) Pandai mengambil hati suami.

Rasanya itu sahaja ciri-ciri seorang bakal isteri yang jadi pilihanku. Tapi yang paling penting tak nak yang jenis suka surf internet 24 jam, nanti tak pasal-pasal makan nasi yang berbungkus.

Bukan nak "promote" diri, cuma sekadar meluahkan apa yang tersimpan dilubuk hati ini. Ku akui diriku tak sempurna, ada kekhilafan.

P/s: "Perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan yang baik".


Gambaran hari Kiamat

*Pesanan : Belajarlah menghabiskan pembacaan sehingga titik akhir. Itu ciri manusia berguna.

Gambaran Hari Kiamat

1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

10. Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
a;- Pemimpin yang adil.
b;- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
c;- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
d;- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
e;- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
f;- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
g;- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan
gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

15. ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

16. Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
d Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

18. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

19. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

20. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

21. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
d Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

22. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

23. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

24. Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
a;- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
b;- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
c;- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

25. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

26. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

27. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

28. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

a; Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: d77; Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. d78; Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
b; Sedekah/amal jariahnya.
c; Doa anak²nya yang soleh.
d; Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Sumber daripada : Amar Sufi


Bahaya Panadol

SEBUAH KISAH BENAR....

Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. . Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.
Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak.
Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.
Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.
Panadol adalah sejenis Painkiller? semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda.. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.
Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?
Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang Biasa?ini ke dalam mulut anda.


Thursday, April 14, 2011

Amalan Memotong Kuku Mengikut Sunnah

Assalamualaikum w.b.t...

Cara memotong kuku amalan Rasulullah Sallahualaihiwasallam...

Berkata Saidatina Aisyah bermaksud:Sepuluh perkara dikira sebagai fitrah iaitu memotong misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinja), berkata Zakaria: Aku lupa yang ke-10 kecuali berkumur.
(Riwayat Muslim).

Dari Anas bin Malik bermaksud:
Sudah ditentukan waktu kepada kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada 40 malam.
(Riwayat Muslim).

Menurut Imam Shafie:
Sunat memotong kuku sebelum mengerjakan solat Jumaat sepertimana disunatkan mandi, bersugi, berharuman, berpakaian kemas sebelum ke masjid.

Rasulullah S.A.W. bersabda bermaksud:
Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, bersugi, berwangian jika memilikinya dan memakai pakaian yang terbaik, kemudian keluar rumah hingga sampai ke masjid, dia tidak melangkahi orang yang sudah bersaf, kemudian mengerjakan sembahyang apa saja (sembahyang sunat), dia diam ketika imam keluar (berkhutbah) dan tidak berkata-kata hingga selesai mengerjakan sembahyang, maka jadilah penebus dosa antara Jumaat itu dan Jumaat sebelumnya.
(Riwayat Ahmad).

Berkata Abu Hurairah R.A. bermaksud:
Nabi Muhammad S.A.W. memotong kuku dan menggunting misai pada hari Jumaat sebelum baginda keluar untuk bersembahyang.
(Riwayat al-Bazzar dan al-Tabrani).

Mulakan memotong kuku dengan Bismillah dan selawat Nabi dan mulakan dengan jari telunjuk sebelah kanan sehingga selesai tangan kanan, kemudian jari kelingking sebelah kiri sampai ibu jari tangan kiri dan akhir sekali ibu jari tangan kanan.


 

Kalau kaki pula, mulakan dengan jari kelingking kaki kanan sampai kelingking kaki kiri. Itulah sunnah yang paling kuat dipegang selama ini walaupun ada banyak khilafnya.(perselisihan pendapat).


Wallahu A’lam


Saturday, April 9, 2011

Kehebatan Syurga Berdasarkan Al-Quran

Allah menciptakan perkara-perkara yang luar biasa indah dan nikmatnya kepada orang-orang yang bertakwa sehingga menurut Nabi Muhammad s.a.w. di syurga itu terdapat apa-apa yang belum pernah dilihat oleh mata dan didengar oleh telinga serta tidak pernah pula terlintas di hati manusia.


Berikut adalah beberapa ayat Al-Quran tentang kehebatan syurga Allah SWT yang sempat saya kumpul :


"Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang takwa ialah (seperti taman); mengalir sungai-sungai di dalamnya; buahnya tak henti-henti sedang naungannya (demikian pula). Itulah tempat kesudahan bagi orang-orang yang bertakwa, sedang tempat kesudahan bagi orang-orang kafir ialah neraka." (Surah Ar-Ra'd; 35)


"Kedua syurga itu mempunyai pohon-pohonan dan buah-buahan." (Surah Ar-Rahman; 48)


"Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang mengalir." (Surah Ar-Rahman; 50)


"Di dalam kedua syurga itu terdapat segala macam buah-buahan yang berpasangan." (Surah Ar-Rahman; 52)


"Mereka bertelekan di atas permadani yang sebelah dalamnya dari sutera. Dan buah-buahan di kedua syurga itu dapat (dipetik) dari dekat." (Surah Ar-Rahman; 54)


"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin." (Surah Ar-Rahman; 56)


"Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang memancar." (Surah Ar-Rahman; 66)


"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik." (Surah Ar-Rahman; 70)


"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, bagi mereka syurga-syurga yang penuh kenikmatan..." (Surah Luqman, 8)


"Dan dimasukkanlah orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya dengan izin Tuhan mereka. Ucapan penghormatan mereka dalam syurga itu ialah "salam"" (Surah Ibrahim; 23)


"Mereka tidak mendengar perkataan yang tak berguna di dalam syurga, kecuali ucapan salam. Bagi mereka rezeki di syurga itu tiap-tiap pagi dan petang." (Surah Maryam; 62)


"Berlumba-lumbalah kamu kepada (mendapatkan) ampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-rasul-Nya. Itulah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar." (Surah Al-Hadid; 21)


"Di syurga itu mereka memperoleh buah-buahan dan memperoleh apa yang mereka minta." (Surah Yasin; 57)


"(Bagi mereka) syurga 'Adn mereka masuk ke dalamnya, di dalamnya mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari emas, dan dengan mutiara, dan pakaian mereka didalamnya adalah sutera." (Surah Fathir; 33)


"....Syurga itu sebaik-baik tempat menetap dan tempat kediaman." (Surah Al-Furqan; 76)


Ya Allah, anugerahkanlah kepada kami syurga-Mu dengan rahmat dan kasih sayang-Mu. Jadikanlah kami hamba-Mu yang beriman dan bertaqwa. Kami teringin menemui-Mu di syurga. Ampunkahlah dosa-dosa kami.


Dunia Herbs

1