IBADAH Menuntut Ilmu Kepentingan Ilmu Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.” Riwayat al-Bazzar
Saturday, August 14, 2010
Jom Muhasabah Diri Kita Dengan Perkara-Perkara Berkaitan Puasa ni
Apakah perkara-perkara yang membatalkan puasa?
1. Makan dan minum dengan sengaja (ijmak ulamak); berdalilkan pemahaman dari ayat Allah; “…maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam) iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib)…”. (al-Baqarah; 187)
2. Bersetubuh dengan isteri pada pada siang hari bulan Ramadhan walaupun tanpa keluar mani (ijmak ulamak); berdasarkan pemahamana dari ayat di atas.
3. Muntah dengan sengaja walaupun sedikit (berdasarkan pandangan Imam Malik dan Syafi’ie); berdalilkan hadis Nabi s.a.w.; “Sesiapa yang terpaksa muntah, maka (tidaklah batal puasanya dan) ia tidak wajib mengqadha’ dan sesiapa yang sengaja muntah, maka (batallah puasanya dan) ia wajib mengqadhanya” (HR Imam Abu Daud, Tirmizi, an-Nasai dan lain-lain dari Abu Hurairah r.a.). Mengikut pandangan Imam Abu Hanifah; tidak batal puasa kecuali banyak (penuh mulut). Jika muntah berlaku tanpa sengaja tidak batal puasa dengan ijmak ulamak.
4. Kedatangan haid dan nifas (ijmak ulamak); wanita apabila kedatangan haid atau nifas, maka batallah puasanya dengan sendirinya. Kemudian wajib ia menggantikan puasanya pada hari-hari lain di luar Ramadhan.
5. Mengeluarkan air mani dengan perbuatan secara lansung yang disengajakan seperti mengeluar dengan tangan (sama ada tangan sendiri atau tangan isteri), bercium atau berpelukan dengan isteri dan sebagainya. Adapun jika keluar mani kerana melihat atau berfikir/khayal, tidaklah membatalkan puasa –kerana ia seumpama mimpi- kecuali orang yang menjadi kebiasaan baginya. Namun begitu perbuatan tersebut adalah makruh. Begitu juga, jika yang keluar adalah air mazi, tidaklah membatalkan puasa.
6. Memasukkan sesuatu bukan makanan melalui saluran terbuka yang menyampai ke rongga perut, yakni memasukkan melalui mulut atau hidung. Perkara ini membatalkan puasa mengikut mazhab Syafi’ie, Malik dan jumhur ulamak dengan mengkiaskannya kepada makanan dan minuman.
7. Memasukkan ubat melalui lubang dubur; membatalkan puasa mengikut jumhur ulamak kecuali Imam Malik (mengikut satu pandangannya) dan Imam Daud.
8. Menitikkan air atau ubat ke dalam lubang telinga dan lubang kencing membatalkan puasa menurut Imam Syafi’ie. Begitu juga, menyedut ubat melalui hidung.[1]
9. Pengsan sepanjang hari akan membatalkan puasa dengan disepakati sekelian ulamak. Adapun tidur sepanjang hari tidak membatalkan puasa dengan ijmak juga.
10. Gila; jika seseorang itu menjadi gila, batallah puasanya kerana ia telah hilang darinya kelayakan untuk beribadah.
11. Berbekam (mengeluarkan darah); batal puasa mengikut Imam Ahmad. Jumhur ulamak tidak membatalkannya.
12. Berniat keluar dari puasa; batal puasa mengikut Imam Ahmad. Menurut Abu Hanifah, majoriti ulamak mazhab Maliki dan yang rajih dalam mazhab Syafi’ie; tidak batal puasa.
Nota kaki;
[1] Ketetapan umum dalam mazhab Syafi’ie; membatalkan puasa dengan memasukkan sesuatu ke rongga dalam badan (iaitu rongga halqum ke perut, rongga kepala (otak), usus dan pundi kencing) melalui saluran yang terbuka di badan. Sama ada benda yang dimasukkan itu kecil atau besar, makanan atau bukan makanan. Yang dimaksudkan saluran terbuka pada badan itu ialah mulut, hidung, telinga, kemaluan/faraj (saluran kencing) dan dubur (saluran berak).
Sumber Dari: fiqh-am.blogspot.com
P/S: Sedikit tambahan mengenai tidur sepanjang hari di bulan puasa. Tidur sepanjang hari di bulan puasa tak batal puasa, tapi kalau dah tidur sampai tak solat lansung tu memang bermasalahla. Puasa kita tiada makna kalau tinggal solat 5 waktu.
Lagi satu kalau tidur tapi time solat dia bangun dan mengerjakan solat, usai mengerjakan solat dia sambung tidur balik. Kalau camtu tak de masalah tapi dia terlepas dari mengerjakan kebaikan yang banyak, sebab orang yang berpuasa hendaklah menyibukkan dirinya dengan solat, berzikir, doa, membaca Al-Qur’an dan sebagainya sehingga mengumpulkan beraneka macam ibadah pada dirinya.
Tambahan pula kalau hujung minggu, sedap je tidur mentang-mentang cuti kan..takde salah lau tidur tapi janganlah sampai mengabaikan solat lima waktu. Itu dah menjadi satu kewajipan kita sebagai hamba ALLAH S.W.T.
Kalau boleh di bulan puasa ni cubalah elakkan diri dari bergosip atau buat perkara-perkara yang tak mendatangkan manfaat sebagai contoh cuba menburuk-burukkan orang lain dengan komen-komen tak bagus kat laman sosial. Saudara/ri takde faedah pun komen yang mengarut ni, kenapa tak komen benda-benda yang elok cam sharing knowledge atau hadis.
Ha ni lagi satu, kaum hawa yang udah berumah tangga dan beranak pinak ni satu masalah gak, da tahu bulan puasa sibuk lagi mengomen kat laman sosial sampai mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu. Mana taknya, sampaikan dekat waktu nak berbuka pun dok sibuk main komen-komen lagi.
Kaum hawa diluar sana jangan marah ye...saya tak maksudkan semua, cuma segelintir saja, siapa yang makan cili dia yang terasa pedasnya kan? Tapi janganlah makan cili time belum berbuka, kan tak pasal-pasal batal puasa plak kan...
Eleh, kaum adam mula la nak gosip pasal kaum hawa ni...tak perlu la ye...kaum adam pun segelintirnya sama jugak..malahan mungkin lagi buat benda-benda yang mengarut kan..bulan puasa ni marilah kita sama-sama mengerjakan amal kebaikan.
Pahala dari setiap amalan kebaikan yang kita buat di bulan puasa ni kita dapat lagi banyak dari bulan-bulan biasa. Tambahkan pahala, hapuskan dosa dengan mengerjakan amal kebaikan.
Saudara/ri yang dihormati ALLAH sekalian, saya minta maaf lau entry kali ni bunyinya agak kasar...al-maklumla bulan-bulan puasa ni otak jadi blank sikit...otak pun puasa gak kan...jadi limitkan had pemikiran otak ni..puasa jangan tak puasa ye...siapa tak puasa tak leh raya...jangan main-main...serius ni...
Saya tahu bahasa penulisan saya ni merosakkan bahasa melayu...tapi saya cuba tak guna format sangat sebab kebiasaannya orang tak suka baca ayat yang skema dan panjang sangat sebab boleh buat mengantuk lau baca ayat skema ni. Bukan niat nak merendahkan Bahasa Melayu, cuma saya guna pendekatan yang orang-orang cam saya suka.
Rasanya itu je al-kisah merepek kali ni..belajar untuk hormat orang lain, insyaAllah anda juga akan dihormati.... (^^,)