IBADAH Menuntut Ilmu Kepentingan Ilmu Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.” Riwayat al-Bazzar
Friday, August 20, 2010
Nikah or Kapel??
Nikah? Renungkan...
www.iluvislam.com
Oleh: Sholihin
Editor: mawaryangtinggi
www.iluvislam.com
Oleh: Sholihin
Editor: mawaryangtinggi
Pernikahan akan menyingkap tabir rahsia bahawa isteri yang kau nikahi tidak seindah yang diimpikan.
Isterimu bukanlah..semulia Khatijah, setaqwa Aisyah, setabah Fatimah, secantik Zulaikha. Justeru isterimu adalah isteri akhir zaman, yang InsyaAllah akan melahirkan anak soleh dari rahimnya.
Pernikahan mengajarkan kita berkewajipan yang sama;
Isteri menjadi tanah, dan Suami menjadi penaungnya.
Suami menjadi sebuah pondok, dan Isteri menjadi penghuninya.
Saat Isteri menjadi madu, kamu teguk kesegarannya.
Di kala Suami menjadi raja, kau nikmati anggur singgahsananya.
Ketika Isteri menjadi racun, Suami menjadi penawar bisanya.
Pabila Suami menjadi bisa, Isteri bisa jadi penawarnya.
Pernikahan akan menginsafkan kita akan perlunya Iman dan Taqwa kerana memiliki suami tidak se-arif Abu Bakar, seberani Umar Bin Khattab, se-kaya Ustman Bin Affan dan segagah Ali Bin Ab Tholib.
Isteri menjadi tanah, dan Suami menjadi penaungnya.
Suami menjadi sebuah pondok, dan Isteri menjadi penghuninya.
Saat Isteri menjadi madu, kamu teguk kesegarannya.
Di kala Suami menjadi raja, kau nikmati anggur singgahsananya.
Ketika Isteri menjadi racun, Suami menjadi penawar bisanya.
Pabila Suami menjadi bisa, Isteri bisa jadi penawarnya.
Pernikahan akan menginsafkan kita akan perlunya Iman dan Taqwa kerana memiliki suami tidak se-arif Abu Bakar, seberani Umar Bin Khattab, se-kaya Ustman Bin Affan dan segagah Ali Bin Ab Tholib.
Suami mu adalah..suami akhir zaman yang InsyaAllah, Membimbingmu menempuh jalan yang diredhai Allah.
Namun senantiasalah berikhtiar semoga menjadi suami/isteri yang soleh dan solehah, agar keluargamu akan menjadi keluarga Sakinah, Mawadah, Warrohmah.
Nota ringkas: Wahai wanita solehah, jangan risau akan jodohmu kerana muslimin yang bijaksana takkan terpaut pada wanita hanya kepada kecantikan, lirikan senyuman, pada bicara manja dan menggoda atau pada pujuk rayu seorang wanita yang meruntuhkan imannya. Telah tercatat seungkap nama lelaki di Luh Mahfuz untukmu. Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu. Jika kau tetap di atas jalan yang di redhai-Nya, InsyaAllah si dia turut di jalan yang sama.
Dipetik Dari: www.iluvislam.com
P/s: Kapel or nikah? Of course saya akan pilih nikah...sebab kapel tak bawa faedah sangat...cuma boleh menjerumuskan diri kedalam satu situasi dimana kita akan buat kesilapan tanpa kita sedari. So the best way adalah nikah, bukankan itu yang dituntut oleh syari'at dan juga pilihan yang senantiasa diredhai oleh Allah S.W.T.
Saya tidak memilih kapel kerana pada pendapat saya dengan kapel agak banyak masa dan juga wang yang dibazirkan. Mana taknya, mesej dan call dengan cara yang agak manja, kapel=tambah dosa...mungkin ada yang kata dia kapel sebab nak berdakwah, tapi betul ke ye? Persoalan utama, tanya diri kita sendiri mampu ke kita nak bimbing orang lain sedangkan diri kita sendiri pun terumbang ambing...Iman kita dah cukup kuat ke untuk menempuhi segala godaan yang bakal mendatang.
Bagi saya yang paling penting sekali adalah kita tarbiyah dan muhasabah diri kita dulu, kuatkan iman dan penuhkan ilmu didada kita. Kalau ada yang tanya saya sama ada saya pilih kapel atau nikah? Saya akan pilih nikah, sebab dengan kapel bukanlah satu jaminan bahwa si "dia" sudah menjadi milik anda.
Perasaan manusia ni boleh berubah, amat mudah nak berubah, kena pula si "dia" jumpa hero/heroin yang jauh lebih kacak@cantik di pandangan matanya dan maybe poket penuh. Haish, manusia-manusia, salah satu sifat yang sukar dikikis dari diri kita, materialistik dan nak pada perkara yang cantik.
Saya pun akui saya pun agak materialistik, tapi saya jenis orang yang mengukur baju di badan sendiri...sedar diri siapa saya..bagi saya jodoh saya tu biarla bersederhana...sebab saya lebih suka bersederhana...
Ciri-ciri calon idaman?? Hmmm...agak-agak apa kriteria yang anda rasa saya akan tengok pada seseorang kaum hawa tu?? Cantik? Kaya? Kerana Agama dan akhlaknya atau keturunannya?? Sukar juga nak buat pilihan ye, bukan sesuatu yang mudah untuk buat pilihan ni, banyak perkara yang perlu dipertimbangkan...Nak tahu kriteria mana yang jadi pilihan saya?
Saya tak kan dedahkan di sini, jawapannya ada di hadapan mata anda.. Fikir-fikirkanlah ye...tak semua perkara kita boleh tahu dengan senang, ada perkara yang kita perlu lebihkan usaha untuk mencungkil sedikit maklumat... Untuk tahu apa yang saya fikir tak semudah yang anda sangkakan....
Even family saya sendiri pun tak dapat tahu apa yang saya fikir...sebab saya agak berahsia, banyak perkara lebih baik disimpan dalam hati...mungkin satu hari nanti saya akan dipertemukan dengan insan yang mampu saya kongsi rahsia hati saya. Rahsia dihati tiada siapa yang tahu... (^^,)
Sorry kalau anda berasa bosan baca pandangan saya nih, berbalik pada topik kita...anda yang tentukan jalan mana yang anda mahu pilih...kebaikan atau keburukan...tepuk dada tanya iman anda jalan mana yang anda mahu tempuhi...
Bercinta dulu then nikah atau nikah dulu then baru bercinta....terus terang saya katakan kalau anda bercinta sebelum nikah, selepas nikah anda akan kehilangan kemanisan dalam berumah tangga...sebab anda dah tahu segala rahsia pasangan anda...dan ia tak menjadi satu misteri yang boleh buatkan anda merasa excited...anda akan kehilangan perasaan excited itu..bila dah tak excited..macam-macam perkara berlaku..kes kecurangan, suami pukul isteri atau sebaliknya..kes cerai-berai..kerana kesilapan anda...yang akan menjadi mangsa suatu masa nanti adalah anak-anak anda...
Satu senario yang seringkali berlaku dikalangan kita hari ni...satu perkara yang kita seringkali terlepas pandang...bila keadaan seperti ini berlaku kita sering kali menuding jari dan menyalahkan orang lain..kita lupa untuk mencari dan mengakui kesilapan diri kita sendiri...
Sebelum kita menyalahkan orang lain, kita perlu selidik dahulu jika masalah yang berlaku itu adakah kita penyebab berlaku keadaan sedemikian...Orang yang hidup bahagia dan berjaya dalam hidup sentiasa mengenal pasti kesilapan diri sendiri dan memperbaiki kesilapannya supaya di masa-masa akan datang mereka tidak akan mengulangi kesilapan yang sama lagi...
Pilihla jalan yang diredhaiNya....bernikah lebih baik dari berkapel...pasal kewangan tu maybe jadi faktor kenapa ramai orang kapel dulu baru nikah...pada kaum-kaum hawa diluar sana..tak perlulah anda meletakkan wang hantaran yang melampau-lampau mahal sampai si adam terpaksa hutang keliling pinggang demi nak menikah dengan anda...bukankah sudah cukup jika cuma mahar dan urusan walimatul urus yang diutamakan...
Wang hantaran bukan sebagai syarat wajib dalam rukun nikah...ia cuma budaya orang-orang kita...yang saya dapati ia tak relevan sangat..tapi jika pasangan anda mampu tak ada salahnya...tapi lebih baik bersederhana...bukankah Allah S.W.T. suka pada hamba-hambaNya yang bersederhana dalam melakukan urusan ini...
Yang paling penting adalam iman dan agama...nak jadi ketua keluarga si adam perlukan pengetahuan agama yang secukupnya dan iman yang kukuh..supaya bila dah mendirikan rumah tangga nanti takdelah timbul isu tak reti solat atau berpuasa...
Kepada kaum adam, persiapkan diri anda dengan ilmu-ilmu sebegini...anda mungkin akan diuji oleh bakal bapa mentua anda...peringatan ini juga ditujukan buat saya sendiri...
Kesimpulannya, pilihla nikah dan bersederhanalah dalam urusan walimatul urus...tak perlu sampai nak berhutang-hutang...
Saya mengucapkan Selamat Menunaikan Puasa sepanjang bulan yang mulia ini...semoga Ramadhan kali ini bukanlah yang terakhir buat kita semua..InsyaAllah...Yang mana yang baik datangnya dari Allah S.W.T...dan yang mana yang kurang baik datang dari kesilapan diri kita sendiri..jangan malu untuk mengakui kesilapan diri kita...nobody perfect...(^^,)